PAS TAK BUAT MUKA SEDIH KUTIP DERMA MACAM MAHATHIR…

PAS menyindir pedas bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana membuat ‘muka sedih’ untuk mendapatkan derma bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka yang sebelum ini suka ejek PAS tadah tin milo akhirnya terpaksa jilat ludah sendiri dengan kahak sekali,” kata Ahli Jawatankuasa PAS, Dr. Azman Ibrahim.

Katanya dengan muka kasihan dan suara sayu diiringi irama muzik sedih, mereka juga terpaksa merayu sumbangan derma kononnya nak guna untuk menjatuhkan Najib.

“Tak tadah tin milo tapi ‘tadah’ nombor akaun.

“Kita orang PAS minta derma dengan suara bersemangat dan penuh keyakinan akan perlunya kita semua menghulurkan sumbangan fii sabilillah,” katanya yang dipetik dari Harakahdaily.

Beliau menjelaskan pemimpin PAS tidak perlu buat muka kasihan kerana dalam PAS semua ahli dan penyokong sedia maklum bahawa perjuangan ini adalah milik bersama dan tanggungjawab bersama.

Sebelum ini tindakan PPBM melancarkan tabung derma untuk kegunaan gerak kerja parti itu, mendapat kecaman bekas pengasasnya.

Bekas Naib Presiden parti itu Datuk Hamidah Osman secara sini bertanya: ” Perlu ke kutip derma?
Rasanya sumbangan daripada anak anak Tun M sudah memadai..”

Sementara bekas Ketua Srikandi PPBM Anina Saaduddin yang kecewa dengan perkembangan terkini itu dalam masa yang sama menyifatkannya kutipan derma itu sebagai memalukan serta sebagai cubaan ‘mengikis’ rakyat.

Jelasnya,ia sangat ironi dengan laungan parti itu sebelum ini bahawa rakyat terhimpit dengan dakwaan kos sara hidup.

“Saya bercakap sebagai pengasas PPBM dan sayalah yang menamakan sayap wanitanya sebagai Srikandi. Saya tahu apa yang anda tidak tahu, ” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar pula berkata tindakan Mahathir merayu derma orang ramai untuk perjuangan partinya dilihat cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap kekayaan anak-anaknya.

Beliau menyifatkan tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai propaganda murahan untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.

“Tindakan mutakhir oleh Tun Mahathir ini dilihat sebagai satu usaha menarik simpati rakyat Malaysia untuk mengundi PPBM.

“Namun rakyat bijak membaca taktik ini dan tidak sesekali terpedaya dengan permainan politik murahan sebegini,” katanya lagi. -Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana