Pakatan Selangor runding semula pembahagian kerusi...porahhhh lah

Tak selesai juga... balik semula ke 'drawing board' dan bermula dari awal lagi itulah kisahnya perbincangan pembahagian kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) Selangor yang terpaksa diadakan semula selepas gagal mencapai kata sepakat berkenaan pembahagian kerusi sebelum ini.

Mesyuarat khas PH Selangor pada Rabu dan Khamis lalu sudah menyelesaikan pengagihan 36 daripada 56 kerusi DUN di negeri ini untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor, Sallehuddin Amiruddin, berkata rundingan semula pengagihan kerusi DUN itu diadakan selepas mendapat bantahan PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN).

"Saya sahkan ada rundingan semula pada tengah hari semalam. Namun, saya tidak boleh ulas lanjut mengenainya. Apa pun, atas semangat perpaduan, PPBM yakin ia akan diselesaikan dalam suasana baik," katanya.

Ditanya tarikh selanjutnya rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor, Sallehuddin berkata, ia akan disambung selepas cuti Tahun Baharu Cina.

"Tarikh rundingan belum ditetapkan lagi. Seperti kata Azmin (Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), rundingan kerusi akan berterusan sehingga Parlimen dibubarkan. Jadi, kita tunggu dan lihat," katanya.

BH Online sebelum ini melaporkan, mesyuarat khas PH Selangor bagi mengagihkan kerusi DUN masih gagal mencapai kata sepakat.

Menurut sumber, berdasarkan keputusan awal, PKR dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAP (18), PPBM (10), dan PAN (sembilan).

PPBM Selangor turut menolak kenyataan Setiausaha PH negeri, Zuraida Kamarudin, yang berkata, mesyuarat khas berkenaan sudah berjaya menyelesaikan pengagihan 36 kerusi DUN di negeri ini.

PPBM turut membidas pendirian PKR dan DAP enggan berunding untuk melepaskan kerusi disandang mereka, namun pada masa sama mahu bertanding di 12 kerusi milik Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Pada PRU-13, BN menang 12 kerusi iaitu DUN Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Permatang, Bukit Malawati, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Kota Damansara dan Dengkil.

PAN pula konsisten dengan pendirian mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Klang.

ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin bagaimanapun keluar PAS untuk menyertai PAN.

Ketika ini, DAP menyandang 14 kerusi DUN, PKR (13), PAS (13), BN (12) dan PAN (2) dan Bebas (2). Dua Bebas ialah ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Teluk Datuk, Loh Chee Heng.

Sementara itu, Bernama melaporkan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan kredibiliti PH yang bercita-cita mahu menjadi kerajaan namun pada masa yang sama tiada tolak ansur membabitkan parti komponen masing-masing.

Mohd Amar berkata rakyat kini mulai menilai tindakan pakatan tersebut yang ‘berbalah’ secara terbuka terutama membabitkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Kelantan.

“Jadi kalau kita sebagai pengundi tentulah kita merasa ragu untuk pilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan sebab mereka tak boleh tunjukkan sikap tolak ansur dalam menguruskan parti mereka sendiri.

“Jadi macam mana nak jadi kerajaan yang baik dan berkesan?” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim Rabu.

Isnin lepas, PPBM bahagian Kota Bharu dilaporkan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kekangan yang dihadapi parti itu termasuk dalam isu pembahagian kerusi DUN yang didominasi PAN.

Menurut laporan sebuah portal berita, difahamkan telah enam kali Pakatan Harapan Kelantan mengadakan pertemuan untuk pembahagian kerusi DUN, namun masih belum selesai.

Laporan portal berkenaan yang memetik sumber, berkata daripada 45 DUN, masih tinggal 14 kerusi yang belum diberi kata putus untuk diberi mandat kepada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan, antaranya membabitkan seperti DUN Demit, Kemahang, Tawang, Kijang dan Kemuning.

Portal itu turut dipetik melaporkan setakat rundingan yang berlangsung pada 10 Feb lalu, dikatakan PAN ditetapkan akan bertanding di 17 kawasan DUN, manakala lapan kerusi pula akan menjadi milik PPBM, lima kerusi ditetapkan untuk PKR  dan satu kerusi diisi DAP.

Ditanya adakah perebutan kerusi tersebut berlaku kerana pucuk pimpinan PPBM yang terlalu tunduk dengan desakan DAP, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kemungkinan itu boleh berlaku.

“Boleh jadi (kepimpinan PPBM tunduk kepada DAP), tapi isu yang besar, kalau mereka tak boleh selesai dengan baik, macam mana mereka nak jadi kerajaan yang baik dan berkesan. Itu persoalan yang besar dan rakyat melihat perkara ini dan menilai.

“(Parti dalam Pakatan Harapan) juga mungkin tamak kepada kerusi kerana masing-masing berasa kuat. Masing-masing nak kerusi lebih. Itu yang jadi isu besar pada pandangan saya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana