Najib beri dua senario jika Dr Mahathir jadi PM sementara selepas PRU14…

Bukan seorang malah terlalu ramai ‘saksi hidup’ dikalangan rakyat Malaysia yang melihat dengan mata kepala sendiri  kecundangnya satu persatu timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan episod beliau berentap dengan  Perdana Menteri pilihannya sendiri.

Mulanya dengan timbalan Tun Musa Hitam kerana perbezaan pendirian politik kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kes moral dan Tun Ghafar Baba yang setakat jadi ‘stop gap’.

Tun Abdullah Badawi yang dipilihnya sendiri jadi Perdana Menteri melalui tekanan supaya letak jawatan dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan bahang itu.

Ini belum masuk lagi persaingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyaksikan pertandingan pimpinan UMNO yang sengit tahun 1987.

Melihat rentetan sejarah ini semua orang ada saja yang tidak kena dikaca matanya.

Terkini…ramai  ‘saksi hidup’ melihat sendiri Dr Mahathir buat U-Turn berdakap balik dengan Anwar yang kena penjara dua kali kerana kes liwat dan dianggapnya tidak bermoral semata-mata untuk tumbangkan Najib dan BN.

Selain itu DAP yang dulu dicop rasis sudah jadi rakan taulan.

Pokoknya sekarang…boleh percaya ke Dr Mahathir yang dinobatkan sebagai Perdana Menteri sementara jika pakatan pembangkang menang PRU14 akan lepas jawatan kepada Anwar bila tiba waktunya.

Menerusi audio di laman blognya Perdana Menteri telah memberikan senario dua kemungkinan akan berlaku.




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,


Baru-baru ini setelah perbalahan sengit saban tahun merebut kuasa, pembangkang akhirnya meletakkan Tun Mahathir dan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan mereka.

Walau bagaimanapun, pencalonan pihak pembangkang kali ini sebenarnya menunjukkan betapa rapuhnya kepimpinan tertinggi mereka sekiranya dibiarkan memerintah.

Hal ini kerana calon Perdana Menteri mereka iaitu Tun Mahathir dikatakan hanya sementara sahaja, kerana jawatan tersebut akan diserahkan kepada Dato’ Seri Anwar setelah beliau dibebaskan.

Terdapat dua senario yang boleh berlaku. Pertama, Tun Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Dato’ Seri Anwar kerana umum mengerti Tun menganggap semua pemimpin lain tak betul.

Memetik kata-kata Tun pada tahun 2016, tidak mungkin beliau akan membenarkan seorang yang bermasalah moral menjadi Perdana Menteri.

Malah Tun juga pernah mengatakan yang Dato’ Seri Anwar sudah terlalu tua untuk memimpin negara dan pastinya PKR akan memberontak sekiranya Tun memilih untuk membolot kuasa.

Senario kedua, kalaulah Tun Mahathir memilih untuk u-turn dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar sekalipun, akibatnya jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri. Inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka.

Dan sudah tentu rakyat akan memberontak struktur kepimpinan seolah-olah mereka merajai Malaysia.

Di sini kita dapat ramalkan bahawa jika pembangkang menang pilihan raya kelak, mereka akan kekal sibuk merebut jawatan Perdana Menteri selama 2 ke 3 tahun sebelum mereka dapat memulakan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

Namun jika rakyat memberi mandat kepada BN, kami dapat memulakan khidmat bakti untuk rakyat serta-merta selepas pilihan raya kerana kita mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh lagi mampan.

Sekian sahaja dari saya.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana