Khalid Ibrahim bersuara isu skandal tanah di Ijok...

Bekas ADUN Ijok dcan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kaedah penyelesaian oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali berhubung isu tanah di Ijok, yang memulangkan semula tanah yang dirampas daripada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd kepada dua pemaju perumahan berkenaan.

Mantan Menteri Besar Selangor itu berkata, penyelesaian berkenaan bukan amalan terbaik kerana tidak mencerminkan tatacara perniagaan yang baik dalam mengendalikan aset rakyat negeri itu.

"Mengapa tanah-tanah tersebut yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 2009 semasa saya Menteri Besar Selangor dipulangkan semula, dan kemudian dijual kepada pihak lain? Pada pendapat saya, ini bukanlah amalan terbaik dan bukan “good business sense” dalam mengendalikan asset-aset rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru ADUN Bebas Pelabuhan Klang itu menggesa pihak yang terbabit dalam pemulangan tanah terbabit disiasat oleh pihak berkuasa.

Katanya, beliau pernah menyuarakan isu tanah di Ijok dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada November tahun 2016.

"Kes yang dibawa oleh LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd berada di peringkat (rayuan di) Mahkamah Persekutuan ketika penyelesaian dibuat.

"Walaupun menjadi antara pihak yang terbabit dalam kes itu, tetapi saya dan peguam cara tidak pernah hadir atau diajak hadir dalam sebarang perbincangan untuk penyelesaiannya," katanya lagi.

Khalid juga mendedahkan wujud cubaan oleh pihak tertentu yang membuat tawaran kepadanya ketika beliau masih menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, untuk menyelesaikan isu tanah Ijok itu, ketika prosiding kes berkenaan sedang berjalan.

Namun, katanya, beliau bertekad mempertahankan keputusan dibuatnya kerana ia bertujuan memulihkan projek terbengkalai yang membebankan ribuan keluarga peneroka dan pembeli rumah.

Khalid juga mendakwa, ada pihak tertentu yang berkepentingan termasuk ejen tanah dan institusi kewangan yang tidak mahu projek berkenaan dipulihkan.

"Kerajaan Selangor tidak seharusnya bersetuju dengan penyelesaian itu kerana ia memberi kesan negatif. Sekarang ada persepsi bahawa penyelesaian itu dibuat dalam keadaan mencurigakan, sekali gus mencemar nama baik dan reputasi kerajaan negeri.

"Saya berharap pihak berkuasa akan menyiasat dengan lebih mendalam perkara ini terutamanya pihak yang terbabit dalam penyelesaian itu untuk kebenaran didedahkan," katanya.

Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menuntut penjelasan Azmin berhubung tindakan tergesa-gesa Kerajaan Selangor menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion di mukim Ijok kepada dua syarikat pada 2016.

Abdul Rahman dilaporkan berkata, tindakan menyerahkan tanah seluas kira-kira 880 hektar itu sebelum kes berkenaan didengar di Mahkamah Persekutuan, menimbulkan pelbagai persoalan kerana keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan negeri dalam isu mendapatkan balik tanah itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana