KERJASAMA DR M & GUAN ENG, AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR?

Parti DAP mendakwa bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi menegakkan “amar maaruf nahi mungkar”

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat dakwaan itu kepada penyokong pembangkang dalam satu program anjuran Pakatan Harapan baru-baru ini.

Beliau malah sekonyong-konyong mendakwa kononnya Mahathir seorang yang boleh dipercayai berdasarkan rekod pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

“Dia (Mahathir) bukan insan yang sempurna. Mana ada insan yang sempurna. Hanya Tuhan yang maha besar yang sempurna.

“Saya tak mahu kuliah lama-lama. Mahathir sudah 93 tahun dan tak lama lagi akan kembali ke rahmatullah. Tapi dia tak tahan kleptokrasi,” dakwanya.

Terdahulu, seorang tetamu mempersoalkan kewajaran DAP bekerjasama dengan Mahathir yang pernah dianggap sebagai zalim.

DAP sebelum ini sering mengecam Mahathir sebagai Perdana Menteri yang zalim, diktator dan tidak amanah.

Nada mereka bagaimanapun mula berubah sejak Mahathir menyertai Pakatan Harapan dan dilantik sebagai pengerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana