Kerajaan kongsi kekayaan negara dengan rakyat - Najib

Kerajaan akan terus berusaha berkongsi kekayaan dan kejayaan negara dengan rakyat bukannya penderitaan dan kemiskinan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kejayaan negara mengurus ekonomi dan meningkatkan pendapatan membolehkannya berkongsi dengan rakyat menerusi pelbagai sumbangan dan bantuan kepada semua kaum.

Menurutnya dakwaan kononnya Malaysia sebuah negara bankrap atau perlu diselamatkan adalah satu penipuan untuk menghasut rakyat semata-mata.

Perdana Menteri berkata, pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9 peratus pada tahun lalu membuktikan negara ini diuruskan dengan baik dan berada pada landasan ekonomi yang berjaya.

Malah kata beliau, badan-badan penarafan antarabangsa seperti Bank Dunia, Forum Ekonomi Dunia dan Bloomberg mengatakan Malaysia berada pada landasan ekonomi yang berjaya serta berkembang ke tahap kekuatan lebih baik.

“Ini kesimpulan yang dibuat oleh badan-badan penarafan dunia. Bukan dikatakan pemimpin pembangkang, ini bukan pemim­pin parti 'bunga' yang cakap.

“Ini adalah pakar ekonomi dunia yang kata bahawa Malaysia ini ekonominya diuruskan dengan begitu baik dan semakin berjaya,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian pada Majlis Kongsi Kasih sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018 Bersama Komuniti Pekan, di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, pada Rabu.

Seramai 3,560 golongan kurang berpendapatan rendah dalam Parlimen Pekan menerima sumbangan makanan dan wang tunai.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun.

Dalam berkongsi politik, Perdana Menteri menjelaskan BN tidak berpolitik atas nama satu-satu kaum tetapi mengambil iktibar dan hakikat bahawa Malaysia adalah negara berbilang bangsa, agama dan budaya.

"Bila ada semangat untuk berkongsi antara satu sama lain maka kita dapat membentuk satu nilai utama yang boleh kita hayati untuk membentuk negara yang kita idamkan.

"Kita juga berkongsi kekayaan kerana tidak mahu menjadi negara yang tempang dan tidak adil apabila hanya satu kaum sahaja yang bolot kekayaan.

"Apabila kita dapat wujudkan masyarakat yang adil dan saksama serta negara yang aman maka rakyat juga dapat berkongsi menyambut pelbagai perayaan kaum secara harmoni," katanya.

Ekonomi Malaysia dilaporkan mencatat pertumbuhan 5.9 peratus pada 2017, melepasi unjuran yang dibuat kebanyakan penganalisis termasuk Bank Dunia.

Pertumbuhan itu lebih tinggi berbanding 4.2 peratus dan lima peratus yang dicatatkan masing-masing pada 2016 dan 2015.

Pada suku keempat 2017, Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang 5.9 peratus, berbanding 4.5 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Najib berkata, Malaysia sebuah negara yang terus berjaya dengan kejayaan dinikmati segenap lapisan rakyat.

“Malaysia ini dari sehari ke sehari semakin berjaya dan sema­kin tinggi pendapatan negara kita,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana