Jika Amanah rasa kuat, PPBM tiada masalah beri laluan...Cai DEDAK Madey Ni

PETALING JAYA: Jika Amanah merasakan partinya lebih berpengaruh, PPBM tiada masalah untuk memberi laluan kepada parti berkenaan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu sungguhpun berhasrat untuk meletakkan calon di kerusi yang sama.

Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman berkata jika diukur dari segi tahap kekuatan antara kedua-dua parti, PPBM dilihat lebih kuat untuk dibandingkan dengan parti serpihan PAS itu.

“Saya nak mati di tempat saya juga, tapi Kota Bharu ini ada orang fikir dia lebih hebat, jadi saya serahkan, saya sokong dari belakang.

“Amanah nak bertanding di Kota Bharu silakan. Saya alu-alukan dia sebab saya nak sokong dia.

“Dia mungkin betul dia kuat saya tidak tahu, tapi rasa saya saya pun popular juga,” katanya dalam sidang media di Bangunan Yayasan Selangor, Petaling Jaya sebentar tadi.

Abd Rashid berkata sokongan terhadap Amanah untuk bertanding di kerusi Kota Bharu dilakukan atas semangat Pakatan Harapan (PH).

“Tetapi saya sebagai ketua saya taknak perpecahan. Saya kata kalau nak, ambil kerusi ini. Berbaik sesama kita. Sebagai tanda kita ini bersatu dan masing masing parti cuba sedaya upaya. Kita mungkin dapat satu kerusi. Saya bukan jenis nak jadi calon. Saya nak tengok parti ini disusun rapi dan boleh hadapi pilihan raya,” jelasnya.

Kerusi Kota Bharu dimiliki PAS menerusi calonnya, Datuk Takiyuddin Hassan yang memenanginya pada PRU13 dengan majoriti besar 15,970 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh yang mendapat undi 24,650.

Sebanyak 81,268 pengundi Parlimen Kota Bahru pada PRU13, iaitu 83% daripadanya Melayu, 16% Cina dan India 1%.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PPBM Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor tidak menolak kemungkinan beliau bertanding di kerusi parlimen Pasir Puteh.

Namun katanya, keputusan muktamad bakal diputuskan oleh Majlis Presiden.

“PPBM akan meletakkan calon di situ. Belum diputuskan. Dari segi disiplinnya yang buat pengumuman calon ni ialah presiden parti jadi kita tunggu lah saya tidak mahu dilihat mendahului,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini timbul desas desus mengatakan Kamaruddin yang juga Ketua Penerangan PPBM  bakal bertanding di kerusi berkenaan.

Ini sekaligus mewujudkan pertandingan tiga penjuru dengan PAS, yang disebut-sebut bakal meletakkan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Umno pula dikatakan akan meletakkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai calonnya di Pasir Puteh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana