Isu NFC: "Saya tak ingat, dah lama," - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengelak soalan mengenai projek National Feedlot Corporation (NFC) pada 2006 dengan mendakwa kejadian tersebut sudah lama dan beliau tidak ingat lagi.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu mengakui menandatangani surat kelulusan pelaksanaan projek NFC.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bagaimanapun mendakwa tidak mengingati sama ada menerima laporan perkembangan projek terbabit, selepas berbuat demikian.

"Saya tak ingat, dah lama," dakwanya ketika mengelak memberi ulasan lanjut, apabila ditanya soalan itu ketika keluar dari Ibu Pejabat PPBM menuju ke kenderaannya semalam.

Walaupun mengaku menandatangani surat projek berkenaan, Muhyiddin mendakwa peruntukan projek itu tidak disalurkan oleh kementeriannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang membidas sikapnya kerana mengelak daripada memberi sebarang pencerahan terhadap isu NFC.

Mohd Puad mendakwa, Muhyiddin tidak berani tampil memberi pencerahan kerana isu terbabit kini cuba dikitar semula oleh pembangkang.

"Muhyiddin lebih mengutamakan pembohongan pembangkang dan mengelak untuk memalukan rakan pembangkang jika tampil membuat pencerahan isu berkenaan.

"Kalau pembangkang sendiri suka mengitar cerita lama, kenapa perlu ada pilih kasih, iaitu enggan membuat pencerahan sedangkan ketika itu beliau menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani," kata Mohd Puad.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dalam catatan blog rasminya pada 21 November 2011, mendakwa Muhyiddin adalah individu yang patut dipertanggungjawabkan berhubung masalah NFC.

Kit Siang turut pernah mendesak supaya Muhyiddin dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi merungkaikan masalah dialami NFC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana