HARGA MINYAK TIDAK PERNAH TURUN SEPANJANG 22 TAHUN DR M MEMERINTAH

TURUNNYA harga minyak sebanyak 10 sen berkuat kuasa hari ini (tertinggi sejak Mei 2017) hingga minggu depan dan turun naik yang lain sejak subsidi bahan bakar berkenaan dirasionalisasikan kerajaan, membuktikan bahawa selama Mahathir menjadi Perdana Menteri, rakyat telah ditipu lagi dalam soal subsidi minyak ini.

Mengikut rekod, harga minyak zaman Mahathir tak pernah turun, hanya naik. Malah buat satu tempoh masa yang panjang, harga bahan bakar itu tidak berubah sedangkan kita semua tahu harga minyak dunia turun dan naik hari-hari.

Kenyataan ini sudah tentulah dengan mengambil kira kos memproses minyak mentah sehingga menjadi minyak yang boleh dituang ke dalam kereta. Logiknya, kalau harga minyak mentah dah mahal mestilah harga minyak selepas proses pun mahal juga, begitu juga masa harga minyak mentah rendah, tapi harga minyak di negara kita zaman Mahathir, tak pernah turun, naik selalulah.

Apa jadi masa harga minyak dunia rendah tapi harga minyak di Malaysia (pada waktu itu) tak berubah? Takde penjelasan lain, masa itu berlaku (harga minyak dunia rendah), kita rakyat yang memberi subsidi kepada kerajaan Mahathir, bukan sebaliknya. Kita dok ingat Mahathir bagi subsidi minyak, rupanya tidak, kita yang subsidikan dia – kena tipu lagi kita.

Tak hairan Petronas zaman itu kaya dan Mahathir menjadikannya seperti syarikat mak bapak dia. Baru 10 tahun buat Dayabumi (HQ Petronas), dah dibuat KLCC – pasal rakyat bagi subsidi minyak pada kerajaan Mahathir, bukan sebaliknya. Malah dicukai pulak lagi (SST).

Nak selamatkan syarikat kapal anak pun, pakai duit Petronas juga. Terkena.

Justeru, nak dipilih lagi dia menjadi Perdana Menteri? Cukup-cukuplah kena bodoh selama ini, tak mungkin pisang berbuah dua kali. Ini bukan soal minyak turun ke naik, ini soal ketelusan Mahathir dalam memberi apa yang dia kata dia beri. Kalau gebang subsidi, maksudnya subsidilah, bukan ‘rompak’ rakyat dalam diam.

Bab tunjuk depan baik sedangkan di belakang sebat, ini memang kepakaran Mahathir, bukan dalam hal minyak ini saja. Tol pun macam itu juga, depan rakyat konon nak bantu rakyat dan dengan itu tol tak dinaikkan (turun tak pernah), di belakang, kroni dapat extension konsesi bertahun-tahun panjang sampai kenyang 7 keturunan. – MyKMU

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana