Dengar cerita... Radhi Mat Din calon PAS ganti Mahfuz

Bukan rahsia lagi bekas ketua pasukan bolasepak kedah Radhi Mat Din (kanan) merupakan ahli PAS Kedah.

Kelibat beliau sering kelihatan dalam program anjuran parti itu sejak bersara daripada tugas sebagai penolong jurulatih bolasepak untuk pasukan "Lang Merah' itu.

Bagi orang utara, siapa tidak kenal Radhi Mat Din, kapten bola sepak Kedah paling lama berkhidmat dalam sejarah, bermula dari tahun 1991 hingga 2000.

Nama besar dalam arena bola sepak tanahair satu ketika dahulu itu kembali mendapat perhatian apabila dikaitkan sebagai bakal dicalonkan sebagai calon PAS Parlimen Pokok Sena menggantikan bekas Naib Presiden parti itu yang 'buat hal' Datuk Mahfuz Omar.

Radhi yang ditanya mengenai perkara tersebut mengakui, dia ada membantu parti itu dengan mendekati golongan muda dan masyarakat melalui sukan bola sepak.

“Secara jelas, saya tak dapat apa-apa bayangan dari parti. Cuma arahan daripada parti adalah, kalau boleh tolong bantu partil seperti mendekati anak muda dan sebagainya.

"Kita sebagai salah seorang ikon bola sepak, bercakap dari sudut itulah, sudut sukan.

"Ia lebih kepada hendak mendekati anak muda di samping bersukan dan ada peranan lain yang kita patut beri untuk masyarakat dan agama," katanya dipetik portal Astro AWANI.

Walaupun kehidupannya berkisar ke arah sukan bola sepak, namun Radhi mengakui sentiasa mengikuti perkembangan politik terutama di Pokok Sena.

Menyentuh mengenai dakwaan bahawa dia akan bertanding, Radhi mengakui bahawa dia bersedia.

Sudah pasti jika Rahdi Mat Din jadi calon PAS... Mahfuz pakai 'hilang deposit' jika terus bertanding di Pokok Sena manakala BN sekali lagi bakal berdepan cabaran untuk merampas semula kerusi yang sudah dua penggal dikuasai PAS itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL