DAP Selangor beri amaran kepada PPBM

Pembahagian kerusi di Selangor terus hangat selepas DAP memberi amaran keras kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya jangan melampau.

DAP Selangor mahu PPBM supaya patuh kepada keputusan yang sudah dibuat.

Naib Pengerusinya, Datuk Teng Chang Khim menyindir PPBM Selangor yang cuba menunjukkan taring tetapi lama-kelamaan mereka akan tunduk kepada keputusan yang sudah disepakati sesama parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Biasalah orang baru memang macam itu, sentiasa mahu tunjuk taring.

“Bagaimanapun saya yakin itu hanyalah permulaan bagi Bersatu (PPBM), saya yakin lama-kelamaan mereka akan terima keputusan pucuk pimpinan yang akan mengambilkira kepentingan semua parti komponen lain dalam pembahagian kerusi,” katanya semasa menghadiri sidang media Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Rabu.

Terdahulu, PPBM Selangor bertegas mahu bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi UMNO pada PRU13 lalu meskipun ia mendapat bantahan daripada PKR.

PPBM Selangor juga enggan menerima keputusan dibuat oleh PH Selangor dan mendesak supaya diberikan lebih kerusi lagi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata PPBM tidak akan dapat meletakkan calon di semua 12 kerusi DUN di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, PH lebih memberi tumpuan kepada faktor kemenangan berbanding pengagihan kerusi mengikut parti.

Katanya, parti komponen PH boleh membuat permohonan meletakkan calon masing-masing di kerusi pilihan mereka, namun PH akan mengambil kira faktor kemenangan dalam menetapkan pengagihan kerusi itu.

"Menerusi perbincangan itu, PH akan mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh parti komponen sebelum ini (status quo) dan hanya 25 kerusi akan kita bincang parti mana yang akan meletakkan calon.

"Semua 25 kerusi itu membabitkan kerusi yang kini disandang PAS dan BN," katanya.

Bagaimanapun, Dr Xavier mengakui berlaku pertindihan kerusi ketika mesyuarat pengagihan kerusi yang berlangsung minggu lalu tetapi semua itu dapat diselesaikan hasil perbincangan bersama.

"Apa guna kita letakkan calon masing-masing tetapi tidak boleh menang. Kita berpegang kuat kepada apa yang dikatakan Pengerusi PH, (Tun Dr Mahathir Mohamad) iaitu letak calon yang boleh menang.

"Kita jangkakan pengagihan kerusi ini akan dapat diselesaikan hujung bulan ini," katanya.

Khamis lalu, Ketua Penerangan PPBM negeri, Sallehuddin Amiruddin berkata, PPBM akan mempertahankan permohonan 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka walaupun PKR turut berhasrat meletakan calon di semua kerusi terbabit.

Ketika ini, PKR menyandang 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP (13), PAS (13), BN (12) dan Parti Amanah Negara (2).

Dua DUN lagi adalah Bebas iaitu DUN Pelabuhan Klang dan Telok Datuk.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana