DAP dikecam kerana ganggu tugas SPRM siasat kes rasuah

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dikatakan cuba mengganggu gugat atau mempersoal kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tugas menyiasat dan mencegah rasuah.

Presiden MCW Jais Abdul Karim merujuk kepada kenyataan Guan Eng dari DAP, yang menuduh SPRM sengaja 'memerangkap' mereka berikutan dua orang anggota Exco Kerajaan Negeri dipanggil untuk siasatan kes berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

"MCW mewakili suara rakyat Malaysia mendesak agar parti ini akur dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membolehkan kes yang disyaki rasuah itu dapat disiasat mengikut prosedur tanpa gangguan.

"MCW menyokong tindakan tegas SPRM untuk menyelesaikan siasatan kes ini dengan segera. Semua pihak yang dipanggil untuk siasatan mestilah akur dan memberikan kerjasama dengan baik," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya sebagai pemimpin parti politik yang berpegang kepada dasar Cekap, Amanah dan Telus, mereka (DAP) sewajarnya memberi sokongan penuh kepada SPRM yang akan dapat membersihkan imej mereka jika terbukti tidak bersalah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana