Agihan kerusi: Selesai rundingan hingga Jumaat, jika tidak...Madey Nak Jadi HERO Ker

PETALING JAYA: Tujuh daripada 11 negeri Pakatan Harapan (PH) digesa untuk menyelesaikan isu agihan kerusi DUN sehingga Jumaat ini, demikian peringatan yang diberikan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru katanya, sekiranya dalam tempoh tiga hari itu ia masih gagal diselesaikan, maka Majlis Presiden PH  akan mengambil alih untuk memutuskan perkara berkenaan.

"Kita telah tentukan, kalau tak dapat selesai pada Jumaat ini, mereka perlu beritahu kepada ibu pejabat dan perkara itu akan dibawa kepada majlis presiden untuk ditentukan di peringkat pusat.

"Keputusan itu mesti diterima oleh semua pihak," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat PPBM di sini hari ini.

Ujar Pengerusi PPBM, ini kerana wujudnya ketidaksepakatan antara keempat-empat buah parti dalam gabungan itu di beberapa kawasan.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memaklumkan bahawa proses rundingan kerusi DUN hanya berjaya diselesaikan di empat buah negeri setakat ini.

"Kita dah selesaikan berkaitan dengan Parlimen tetapi berkenaan dengan negeri (Dewan Undangan Negeri) masih ada beberapa kawasan yang tidak dapat dipersetujui antara parti-parti,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun Dr Mahathir enggan mendedahkan empat negeri yang dimaksudkannya itu.

PH Kelantan sebelum ini dilaporkan gagal menyelesaikan masalah pertindihan bagi 14 kerusi DUN walaupun sudah enam kali mengadakan pertemuan, sehingga melepasi tempoh asal yang ditetapkan.

Antaranya sembilan kerusi melibatkan pertindihan antara Amanah dan PPBM, tiga kerusi menjadi rebutan antara Amanah dan PKR, dan dua kerusi antara PPBM dan PKR.

Selain Kelantan, Selangor juga masih gagal memuktamadkan soal rundingan kerusi sehingga ke hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana