500 BEKAS AHLI AKAN BERKUMPUL, MAHU PPBM DIAMBIL TINDAKAN

Beberapa bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengemukakan permohonan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan aman di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) Khamis depan.

Bekas exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Hafiz Azhar berkata perhimpunan itu dianjurkan agar RoS mengambil tindakan terhadap PPBM kerana didakwa melanggar perlembagaannya.

Menurutnya, mereka telah membuat permohonan untuk mendapat permit perhimpunan aman itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya di sini semalam dan sedang menunggu maklum balas polis.

Bercakap kepada media di hadapan IPD Putrajaya hari ini selepas mendapatkan surat salinan permohonan tersebut, Muhammad Hafiz berkata perhimpunan tersebut tetap akan diteruskan sekalipun tidak mendapat keizinan pihak berkuasa.

Katanya beliau menjangkakan lebih 500 anggota PPBM terutamanya mereka yang telah menghantar aduan-aduan rasmi kepada ROS sebelum ini akan menyertai perhimpunan tersebut. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana