Wakil rakyat PAS disekat peruntukan kawasan di Selangor

PAS Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor minggu ini jika isu pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya akan meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli parlimen dan Adun PAS telah disekat.

"Sekiranya Mohamed Azmin (Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tidak dapat memberikan jawapan munasabah, kami merancang akan menghadap sultan," katanya.

Difahamkan, desas desus sekatan peruntukan kepada semua 13 ADUN PAS Selangor dan lima penyelaras DUN oleh kerajaan negeri sudah mula bertebaran hujung tahun lalu.

Menurut Sallehen, beliau diberitahu oleh Bendahari Selangor bahawa segala peruntukan kawasan kepada wakil rakyat PAS negeri dan penyelaras Dun telah disekat, dan adalah dipercayai arahan itu daripada Mohamed Azmin.

"Sehingga hari ini, saya hanya diberitahu secara lisan dan belum menerima sebarang surat pemberitahuan secara rasmi," katanya.

Sallehen menegaskan, Adun PAS dipilih rakyat dan mereka adalah wakil rakyat, oleh itu, Kerajaan Selangor tidak patut melayani mereka sebagai parti pembangkang dengan membekukan peruntukan kawasan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment