Tiada sokongan akar umbi... PAN seperti tidak wujud - PAS

PAS menganggap PAN atau Parti Amanah Negara salah satu parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah seperti tidak wujud kerana tidak ada sokongan diperingkat akar umbi.

Pesuruhjaya PAS Perak Haji Razman Zakaria berkata, yang ada dalam PAN hanyalah  dua tiga pemimpin yang kecewa dalam pemilihan parti sewaktu mereka berada bersama dalam PAS sebelum ini.

Sambil menyokong  kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAN adalah parti `nyamuk’  beliau berkata, PAN di Perak adalah juga parti `nyamuk’ dan tidak menjejaskan kedudukan PAS sebagai parti yang besar dan berpengaruh.

Beliau optimis atas faktor PAN tiada sokongan diperingkat akar umbi, maka pengundi akan menolak mana-mana calon PAN tidak akan mendapat sokongan daripada pengundi.

Mengenai persiapan calon PRU 14, katanya, PAS Perak sudah set untuk meletakkan calon di 42 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 17 daripada 24 kerusi Parlimen.

``Kita masih lagi menunggu calon-calon daripada  Gagasan Sejahtera antaranya Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk bersama PAS bagi menghadapi pilihanraya nanti,’’ katanya.

Baru-baru ini sebagai reaksi kepada kenyataan Haji Hadi, Ketua Pemuda PAN Selangor, Abbas Azmi berkata, kepimpinan PAS semakin bimbang dengan kesetiaan ahlinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berikutan itu, beliau berkata, kenyataan Haji Hadi bahawa PAN adalah parti ‘nyamuk’ yang tidak memberi sebarang ancaman, dilihat sebagai langkah untuk menafikan penghijrahan ahli PAS menyertai PAN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana