Tiada rundingan kerusi antara PKR-PAS, kata Zuraida

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR menegaskan tiada rundingan agihan kerusi berlaku antara parti itu besama PAS di Selangor.

“Tiada rundingan kerusi dengan PAS,” kata Zuraida dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian mengulas desas-desus bahawa wujud usaha Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berbincang dengan PAS sehingga menjejaskan agihan kerusi dalam kalangan parti itu di Selangor.

Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang berkata, sehingga kini PH Selangor sudah mengadakan enam mesyuarat rasmi berhubung agihan kerusi.

Menurutnya, dua mesyuarat berkenaan adalah mesyuarat majlis kepimpinan PH Selangor yang dipengerusikan oleh Azmin, sementara empat mesyuarat yang lain dipengerusikan pengarah pilihan raya PH Selangor Dr Xavier Jeyakumar.

Ditanya jika Azmin akan mengadakan mesyuarat membincangkan rundingan kerusi bagi menyelesaikan masalah itu hujung bulan ini, Zuraida berkata: “InsyaAllah”.

Diminta mengulas dakwaan bahawa PKR berhasrat bertanding di kerusi PAS dan Umno yang turut dihajati Amanah dan PPBM, Zuraida berkata perkara itu akan berdasarkan “keupayaan untuk menang”.

PAS dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan PKR di Selangor.

Meskipun PAS telah memutuskan hubungan dengan PKR tahun lalu, PAS masih menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor.

Azmin berkata ia bertujuan bagi meneruskan mandat yang diberikan rakyat pada 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana