RAKYAT PASTI MENYESAL JIKA TOLAK KERAJAAN INI, KATA TPM

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat boleh memilih mana-mana parti politik sekali pun dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, namun mereka perlu memilih parti yang terbaik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat akan menyesal jika tidak memilih parti yang telah terbukti mampu membela agama dan rakyat dan dalam hal ini, kerajaan telah melakukan yang terbaik.

“Rakyat boleh pilih mana-mana parti pun tetapi pilihlah yang terbaik, kalau tak pilih yang terbaik maka tunggulah. Kerajaan telah lakukan yang terbaik, kalau tolak juga maka akan berlaku penyesalan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Program Multaqa Permuafakatan Pegawai Masjid dan Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Daerah Bagan Datuk di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd. Yusop Husin.Ahmad Zahid seterusnya me­ngingatkan bahawa politik harus digunakan untuk memperkuatkan agama bukan sebaliknya untuk mengelakkan perpecahan dan perpaduan sesama Islam.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, umat Islam perlu mengambil iktibar daripada keadaan di Palestin yang dijajah Israel.“Lihatlah apa berlaku di Palestin. Umat Islam di dunia seramai 1.8 bilion, macam mana kita boleh dikalahkan dengan hanya 13 juta orang rakyat Israel?

“Kita kalah sebab apa? Sebab kita berpecah kerana kita melayani perbezaan pendapat,” katanya.
Mengenai program Multaqa Permuafakatan yang diadakan hari ini, Ahmad Zahid berkata, ia perlu dilakukan secara konsisten dan tidak hanya kerana menjelang PRU-14.“Ini perlu supaya tidak ada tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan kerana soal Islam, bangsa, perpaduan dan isu negara bukan soal bermusim,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana