PEGAWAI MARA DIREMAN TUJUH HARI BANTU SIASATAN BERI PROJEK BEKAL BARANG PELAJAR

Seorang pegawai Mara di Kuala Kubu Bharu, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan pemberian kerja pembekalan barang keperluan pelajar kepada pihak berkepentingan.

Turut direman bagi tempoh dan tujuan sama adalah anak lelakinya berumur 24 tahun dan seorang lagi lelaki iaitu pemilik sebuah syarikat berumur 40 tahun.

Majistret P Sarulatha membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga suspek itu sehingga Khamis depan.

Ketiga-tiga individu terbabit tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 10.30 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM semalam, kesemua suspek ditahan antara pukul 4.30 petang dan 7.00 malam di Pejabat SPRM Selangor.

Wanita berumur 48 tahun itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan memberikan kerja pembekalan barang keperluan pelajar bernilai lebih kurang RM79,000 secara rundingan terus kepada anaknya melalui sebuah syarikat dimiliki rakan anaknya itu. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana