PAS SEDIA “SAMBUT” BEKAS “DIKTATOR” TANDING DI PARLIMEN GOMBAK

PAS bersedia menyambut kedatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru- baru ini diumum calon Perdana Menteri Pakatan Harapan untuk bertanding di Parlimen Gombak, Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam masa yang sama PAS turut mengalu-alukan kesediaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bersedia memberi laluan kepada Dr. Mahathtihr yang juga Pengerusi PPBM dan Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Dr Md Noor Hussin berkata, pihak telah bersiap sedia untuk hadapi saingan tiga penjuru atau lebih di Parlimen itu tanpa mengira siapa pun calon sama ada daripada Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional.

“Pemuda Gombak mengambil cadangan tersebut sebagai cabaran dan bersedia menyahutnya sebagai anak jantan.

“Dengan “track record” yang ada pada Tun, Pemuda Gombak tidak memandang enteng cabaran tersebut memandangkan lawan kali ini ialah seorang bekas diktator yang mempunyai pengalaman puluhan tahun. Tun, kami tunggu mu datang,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sebelum itu Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menyatakan kesediaannya bagi memberi peluang kepada Mahathir untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

Malah Azmin jangka Dr. Mahathir akan mendapat undi kemenangan yang lebih baik daripadanya dulu.

Azmin berkata berkata, beliau secara peribadi tiada masalah berbuat demikian, namun bergantung atas persetujuan partinya (PKR).

Dr. Mahathir sebelum ini membayangkan beliau mungkin bertanding di salah satu daripada tiga Parlimen, iaitu Pulau Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya.

Beliau mendapat maklumat para pengundi di tiga kawasan itu akan memberikan sokongan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment