MIdin Kini Diam Seribu Bahasa!!!!! Muhyidin Lupa DAP Nak Pecat Separuh Penjawat Awam

Pada Konvensyen Pakatan Harapan Sarawak Sabtu lalu, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin memberi jaminan mana-mana penjawat awam yang hilang kerja, diturun pangkat atau dipindahkan hanya kerana mereka menyokong pembangkang akan dikembalikan kepada jawatan asal mereka jika PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)…

Muhyidin seolah-olah lupa yang DAP sebelum ini dikatakan bercadang mahu memecat separuh daripada jumlah penjawat Awam.

Sebelum ini, pada 24 Oktober 2016, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.

Menurut sumber mengatakan, Tony Pua menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain. Ahli Parlimen DAP itu bercakap demikian dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Kalau penjawat awam yang sedia ada mahu disuruh duduk dirumah, siapa yang akan jadi penjawat awam kalau Pakatan Harapan berkuasa?

Inilah cadangan yang dibuat oleh DAP. Anggap penjawat awam di Malaysia yang jumlahnya 1.6 juta sebagai membebankan. Anggap peruntukan RM76 billion setiap tahun bagi gaji dan elaun kakitangan awam sebagai membebankan.

Tambahan lagi, Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan pernah mencadangkan agar penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang.

Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” kata Penang Institute.

Bermakna jika mahu kekalkan hanya 430,000 sahaja, maka sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam akan kena buang kalau Pakatan Harapan berjaya masuk ke Putrajaya.

Ketika ini, Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, jumlah yang ramai bagi sebuah negara yang hanya memiliki 32 juta penduduk. Penjawat awam ni dikatakan oleh Tony Phua sebagai “berat mati” yang mana tidak meyumbang kepada kerajaan malah merugikan.

Persoalannya, adakah Timbalan Presiden Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu berani melantik semula atau mengambil semula penjawat awam bekerja semula yang dikatakan DAP hanya memberi beban sahaja?

-PRU14.TV

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana