MCA yakin BN Perak peroleh lebih 31 kerusi dalam PRU14

MCA Perak yakin Barisan Nasional (BN)  negeri itu berpeluang memperbaiki prestasi dengan memperoleh lebih dari 31 kerusi DUN dalam PRU ke 14 kelak sekaligus mempertahankan kuasa pemerintahan.

Parti terbesar dalam komponen BN itu merasakan BN Perak bakal memperolehi lebih undian antara 8 hingga 12 peratus undi berbanding yang diperoleh pada PRU ke13.

Untuk rekod BN Perak memenangi 31 kerusi DUN pada PRU lalu tetapi MCA hanya memperoleh satu kerusi DUN (Chenderiang), dan MIC langsung kalah semua kerusi DUN.

Seorang pemimpin utama MCA peringkat negeri berpendapat angka itu bakal berubah dan BN Perak secara keseluruhan bakal membuat kejutan dengan memperoleh lebih banyak lagi kerusi.

Perkara ini dibayangkan Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berasaskan beberapa kajian (survey) yang  mendapati peningkatan 8 hingga 12 peratus sokongan pengundi  kepada BN.

``Ini bukan sahaja keyakinan... tapi keputusan daripada kajian (survey) nampak ada peningkat sehinggi 8 hingga 12 peratus daripada jumlah sokongan bagi BN,’’ katanya.

Dr Mah berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis makan malam meraikan media dan badan bukan kerajaan (NGO Perak di sebuah hotel terkenal di Ipoh malam Rabu. Hadir sama Ketua wanita MCA Kebangsaan, Datuk Heng Seai Kie.

Namun begitu menurut Dr Mah, banyak lagi tugas yang perlu dilaksana BN bagi memantapkan jentera parti untuk memastikan kemenangan calon-calonnya pada pilihan raya nanti.

Beliau turut menzahirkan  terima kasih kepada media masa yang banyak memberikan sokongan kepada beliau dan kepimpinan MCA negeri.

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan cadangan kerajaan negeri untuk mengadakan program  baru iaitu `Gerakan Perak Yang Sihat’ untuk semua rakyat di Perak.

Menurut Dr Mah, Menteri Besar Datuk Seri dr Zambry Abd Kadir telah menyatakan persetujuannya untuk melancarkan program tersebut.

Katanya, fasa pertama program itu nanti akan melibat semua penjawat awam manakala fasa kedua untuk semua rakyat Perak.

``Kita akan pemeriksaan (screening) pada peringkat pertama melibatkan semua penjawat awam sebelum diperluaskan untuk semua rakyat Perak,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana