Madey Cakap Tak Boleh Dipercayai Lagi ....Kuat Putar Belit

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kadar tol di Malaysia dilihat bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang sebelum ini yang mahu memansuhkan lebuh raya bertol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ia menunjukkan janji palsu yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang sekiranya mengambil alih pentadbiran negara.

"Pagi tadi, calon pilihan perdana menteri Pakatan Harapan memberi kenyataan berbeza terhadap idea pemansuhan tol.

"Dr Mahathir sendiri menyatakan tol masih diperlukan dan berkata kadar tol di Malaysia masih termurah di dunia.

"Perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang ini menunjukkan pergolakan sebenar berlaku dalam pakatan ini,"

Abdul Rahman berkata, ia berbeza dengan pendekatan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila mengambil alih pentadbiran negara pada 2009.

Beliau berkata, rasionalisasi terhadap kadar tol dimulakan dan dilaksana menerusi pengambilalihan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) oleh Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, menerusi pemilikan penuh itu, rundingan perjanjian konsesi menyaksikan tiada kenaikan kadar tol di lebuh raya kendalian PLUS seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Link Kedua.

"Dalam pengumuman Bajet 2018, kerajaan mengumumkan pemansuhan tol di Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL Exspressway).

"Selain itu, projek lebuh raya utama seperti Lebuh raya Pan Borneo dan laluan Central Spine Road (CSR) dimulakan dan apabila siap nanti pengguna dapat menikmatinya secara percuma,"

Abdul Rahman berkata, parti pembangkang hanya tahu membuat kenyataan populis tanpa memberi sebarang perancangan dan strategi terhadap idea pemansuhan tol.

"Ia adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan tidak rasional dilakukan pakatan pembangkang. Mereka hanya membuat janji palsu tanpa memberikan penyelesaian,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana