Kebiadapan pembangkang menghina raja

Budaya ketimuran kita lemah-lembut, bersopan-santun dan menghormati adat, tradisi dan institusi. Maka kita marah dan tidak dapat berdiam diri apabila individu tertentu, lebih-lebih lagi pemimpin politik, cuba mempersendakan institusi raja kita.

Raja Melayu merupakan payung untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Institusi Raja melambangkan kedaulatan negara dan maruah bangsa. Raja bertanggungjawab bukan saja untuk menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta memelihara kedudukan agama Islam tetapi juga melindungi “kepentingan kaum-kaum lain” seperti termaktub dalam Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut :

“Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Jelas di sini institusi Raja Melayu adalah lambang kedaulatan dan perpaduan negara.

Malangnya kebelakangan ini institusi raja diperlekeh, dipersenda dan dihina  sehingga sampai ke tahap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memulangkan darjat kebesaran anugerah Sultan Selangor.

Kemudian kita dikejutkan oleh Ahli Parlimen Pembangkang Pokok Sena mempersendakan Sultan Pahang yang gering, dengan mempersoalkan Tuanku Sultan yang terus bertahkta dan memerintah negeri walaupun gering dengan Dr Mahathir yang sudah berumur lanjut tetapi masih sehat, dalam ucapan politiknya mempertahankan pemilihan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri puak Pakatan.

Cara berpolitik adalah hak masing-masing individu tetapi janganlah sampai membabitkan kedaulatan dan institusi raja.

Penulis merasa sudah tiba masanya tindakan diambil untuk menyekat atau membendung kebiadapan pemimpin-pemimpin seumpama ini yang terus-menerus menstimulasikan emosi “anti-establishment” dan memprovokasi rakyat supaya berani mencabar institusi perajaan negara ini.

Mereka berani berbuat demikian kerana sering terlepas dari sebarang tindakan dan hukuman.

Di negera Thai di bawah undang -undang “lese-majeste” sesiapa yang menghina, mengaibkan atau mengancam Raja, Permaisuri, Tengku Mahkota dan sebagainya boleh dipenjarakan selama tiga hingga lima belas tahun.

Memandangkan kebiadapan terhadap Raja semakin berleluasa kebelakangan ini, perlukah kita turut memperkenalkan undang-undang “lese -majeste” di tanahair kita?

Daulat Tuanku!-17/1/2018

Ti Lian Ker adalah ahli jawatankuasa pusat MCA dan ketua biro keharmonian agama parti itu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana