HARAP JANGAN MERAJUK MARAHKAN ORANG LANGKAWI NANTI…

Sehingga kini, diperkatakan bahawa kemungkinan warga emas itu untuk kembali bertanding merebut kerusi Parlimen Langkawi sudah mencecah 80 peratus positif. Gerak kerja ‘agen-agen politiknya juga dikatakan baru bermula di sana.

Penulis yakin, keputusan untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi itu kerana dia menyangka bacaan bilangan undi akan memihak kepadanya nanti. Cuma penulis harap, keyakinannya terhadap bacaan itu tidak akan mengecewakan hati warga emas itu.

Sudah tentulah dia bermati-matian mahu menang kerusi Parlimen. Jika menang, barulah dia boleh kembali jadi Perdana Menteri semula untuk kali kedua. Jika kalah, maka mungkin harapan untuk kembali berkuasa itu akan padam selamanya.

Cuma penulis terfikir. Pada usia lebih dari 90 tahun itu, mampukah dia menjadi wakil rakyat di zaman yang serba-serbinya mencabar ini. Penulis lihat, orang muda pun selalu ‘semput’, mampukah dia tunaikan tanggungjawab besar itu, apatah lagi tugas-tugas Perdana Menteri?

Penulis memerhati prestasi seorang Adun muda yang pernah menjadi Menteri Besar di sebuah negeri. Ketika dia menjadi Menteri Besar, boleh dikatakan paling kuat pun hanya sebulan sekali dia berada di kawasan. Itu pun puas dirayu, barulah boleh lihat batang hidungnya.

Ekoran dari fenomena ‘ghaib’ dari kawasan, ramai pihak yang geram dan kecewa. Hendak dihentam, dia berkuasa. Hendak dibisingkan, nanti terus ‘dicantas’, langsung tidak dibantu dan masalah langsung tidak selesai. Makan hati berulam jantunglah jawabnya.

Lebih teruk lagi prestasinya ketika pemimpin muda itu menjadi Ahli Parlimen sepenggal sebelum dia menjadi Adun, hendak tengok batang hidungnya dua bulan sekali pun payah katanya. Pejabatnya di negeri itu pun berhabuk…

Namun kerana pemimpin muda itu berbapanya seorang ‘warga emas’ yang ternama, maka terpaksalah didiamkan sehinggalah majoriti yang lain hilang sabar. Sudahlah tidak jaga kawasan, politik tempatan pun hancur dia tidak peduli, ada hati pula dia hendak tunjuk ‘besar kepala’ berkurang ajar pada ketua?

Tidak hairanlah selepas itu kariernya ‘lebur’. Mujurlah dia ada bapa yang ternama. Bolehlah bapanya tubuhkan parti baru dan naikkan pangkatnya hingga ke tahap tertinggi parti. Jika diharapkan ‘skill’ politik anaknya itu, sampai mati pun tak dapat jadi Timbalan Presiden…

Kembali ke kisah warga emas yang mahu kembali menjadi wakil rakyat, soalnya mampukah dia? Pemimpin muda pun gagal, inikan pula dia? Dia sihat sangatkah untuk bertugas? Tidakkah nanti tugas-tugas itu akan menyeksa dirinya? Tidakkah dia tahu bahawa Allah akan seksa dia di akhirat jika gagal laksanakan tanggungjawab dan amanah rakyat?

Sebagai Ketua Penaja, khabarnya baru sekali dia pengerusikan mesyuarat? Yang lain cuma wakilkan kepada Timbalan Ketua Penaja Bahagian? Mungkinkah kerana itu dikatakan timbulnya huru-hara dalaman dan ada pula dakwaan khabarnya ada skandal ‘mak janda’?

Jika dia ada ‘remote control’ yang mampu mengawal dari jauh, mampukah dia pastikan segala arahan mengikut apa yang dia mahukan? Bagaimana jika dia arahkan A, namun tindakannya jadi W? Bagaimana jika dia hulur RM100 tapi yang sampai hanya RM5?

Penulis tidak nafikan dia berpengalaman luas. Namun pada usia yang terlalu ’emas’ begitu, penulis yakin ramai orang Langkawi tidak yakin dan kasihan jika dia terpaksa bangun tidur pukul 3 pagi untuk menyelesaikan masalah penduduk.

Kita tidak mampu bayangkan seorang yang terlalu tua terpaksa berembun, tidur lewat, meredah malam dan kedinginan awal pagi untuk membantu memenuhi kehendak rakyat. Jika ada ‘remote control’ pun, sudah tentu orang ramai lebih mahu dia sendiri yang selesaikan masalah mereka, bukan ‘wakil’ yang tiada kuasa.

Justeru itulah penulis harap warga emas itu tidak terkejut jika dikecewakan di Langkawi nanti. Bukanlah orang Langkawi tidak mengenang budi, namun budi dahulu itu bersulam airmata mereka dan menghadiahkan kekayaan kepada kroni sahaja.

Janganlah kecil hati jika tidak dipilih orang Langkawi nanti. Bukanlah mereka tidak suka pada warga emas itu, namun mungkin mereka tidak mahu melihatnya terkedek-kedek pukul 3 pagi selesaikan masalah rakyat. ‘Tak sampai hati’ katanya…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana