Haram Undi DAP!Sedar lah Orang Melayu Kita Hari Ini.....

Dr Zamihan Mat Zin menyatakan, adalah diharamkan bagi umat Islam menyokong atau mengundi parti yang menolak hukum Islam dan mengamalkan prinsip anti-Islam, demikian menurut Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), seperti yang dilaporkan oleh Utusan Melayu.

Menurut Dr Zamihan lagi, tindakan parti DAP yang menolak hukum-hakam Islam adalah bukti bahawa parti itu mengamalkan idealisme yang jelas bertentangan dengan Islam.

“Mereka secara terbuka dan dengan jelas menolak Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) yang mungkin ada rangkuman hudud, qisas dan takzir iaitu mekanisme perundangan Islam.”

“Oleh itu bagi kita ini jelas mereka adalah gagasan yang anti-Islam dan haram bagi umat Islam untuk sokong mereka,” kata beliau lagi.

Sebelum ini Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman pernah menjelaskan bahawa DAP tergolong dalam kategori kafir harbi dan wajar ditentang.

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi juga pernah menyatakan bahawa DAP adalah parti anti-Islam.

Masyarakat umat islam perlu sedar bahawa agenda mereka yang menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah jelas menentang hukum-hakam islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana