Dr Mahathir akan ungkit banyak benda lagi, jangan terikut - penganalisis

SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli politik di negara ini akan berbuat apa sahaja untuk mendapat 'political mileage' (keuntungan politik) termasuk mengusik isu-isu sensitif seperti Amanat Hadi dan tragedi Memali.

Justeru, penganalisis politik, Prof Dr Teo Kok Siong menasihati masyarakat awam agar tidak terikut rentak ahli politik yang 'sudah terang lagi tersuluh' ada agenda tersendiri, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

"Kita tak boleh ikut sangat rentak ahli-ahli politik. Kita akan terperangkap dalam agenda mereka. Betul, isu ini diungkit balik oleh Tun Mahathir dan kita juga tahu ini musim pilihan raya. Masing-masing (main) politik.

"Kalau kita ikut rentak mereka,  kita akan terjebak di dalamnya. Yang akan untung adalah ahli politik sebab mereka akan dilihat sebagai pahlawan, juara.

"Tun Mahathir akan bangkit banyak benda. Kita tahu tujuannya tak lain, tak bukan untuk mendapat kuasa untuk memerintah negara ini. Ia betul, tetapi kosnya cukup tinggi," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.

Dr Mahathir semasa berucap di mesyuarat agung PPBM pada 30 Disember lalu membangkitkan isu Amanat Hadi yang dakwanya mencetus kepada peristiwa berdarah, tragedi Memali.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Dr Mahathir kembali mempersoalkan mengapa mufti mendiamkan diri berhubung isu Amanat Hadi walaupun dakwanya ia memecahbelahkan umat Islam ketika itu.

Bagaimanapun beliau dibidas banyak pihak selepas mengheret mufti dalam isu itu demi kepentingan politiknya.

Kok Siong kemudiannya bertegas, demi mengekalkan keharmonian serta keamanan yang dicapai negara kini, semua pihak perlu lebih rasional dan tidak melatah selepas diprovokasi Dr Mahathir. 

"Tak perlu (melatah). Tak perlu. Kita jangan ikut rentak ahli-ahli politik. Biarlah (ahli politik) sebut. Tapi kita jangan melatah. Mereka sebut sepatah, kita pula yang berpatah-patah (asyik) duk bincang isu ini. Mereka cetuskan sahaja, tapi yang bergolak, yang marah antara satu sama lain adalah kita, rakyat," katanya lagi.

Kok Siong kemudiannya bertegas mana-mana pihak tidak perlu cuba menghidupkan kembali isu Amanat Hadi dengan mengadakan siasatan di-Raja (RCI) atau apa-apa diskusi berhubung perkara itu.

Katanya, tindakan itu hanya akan menabur garam ke atas luka yang cuba disembuhkan sekian lama.

"Setelah isu itu lama berlalu dan kita nak rungkai balik satu per satu, ia akan bangkit kemarahan kembali. Apa tujuannya kita nak rungkai?

"Kita ambil contoh dalam keluarga kita, perkara sudah berlalu dan pihak yang terlibat cuba nak melupakannya. Tiba-tiba kita bangkitkan balik dan nak rungkai balik dan caranya kita nak rungkai satu persatu lagi.

"Sudah pasti ia akan jejaskan hubungan. Yang rugi adalah negara kitalah, akan menjadi tidak harmoni dan sebagainya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana