Beku dana: Jangan heret Istana, kata Azmin kepada ADUN PAS...Takut diketahui Sultan Ker...?

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali memberi teguran kepada ADUN PAS untuk tidak mengheret pihak Istana dan Sultan Selangor dalam isu pembekuan peruntukan pembangunan kawasan kepada wakil rakyat parti itu.

Sebaliknya Azmin menegaskan, sekiranya mana-mana ADUN PAS yang berdepan dengan masalah berkenaan, mereka wajar mengambil pendekatan berbincang dengan pegawai daerah atau berjumpa sendiri dengannya.

Katanya lagi tindakan tersebut bersifat kebudak-budakkan kerana ia boleh diselesaikan secara dalaman.

“Pintu saya sentiasa terbuka, tak payahlah bawa ke Istana. Ni satu tindakan kebudak-budakkan, soal pentadbiran negeri jangan heret Istana untuk menyelesaikannya. Saya bersedia untuk mendengar masalah mana-mana ADUN.

“Bagi saya mana-mana ADUN yang ada masalah tentang peruntukan pembangunan di kawasan masing-masing boleh berbincang dengan pegawai Daerah ataupun berbincang dengan saya sendirilah. Sebab ni soal pentadbiran, tak payahlah jumpa Tuanku,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana