Terima kasih Hadi kerana prihatin - ADUN Umno P.Pinang

SHAH ALAM: Umno Pulau Pinang menghargai keprihatinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang lantang menyuarakan keperitan yang dihadapi rakyat di bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan DAP.

ADUN Pulau Betong, Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata, beliau percaya pandangan yang disuarakan Ahli Parlimen Marang itu berasas dan berdasarkan pengalamannya yang pernah memimpin negeri.

"Saya berterima kasih kepada keprihatinan Datuk Seri Abdul Hadi di atas kesudian beliau untuk mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat di Pulau Pinang ini.

"Sebagai seorang yang pernah memimpin negeri, pastinya beliau tentu tahu bahawasanya sebarang pembangunan yang dibuat tanpa mengambil berat tentang kemaslahatan atau kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah satu tidak adil kepada negeri itu sendiri.

"Jika pandangan Datuk Seri beri itu berdasarkan kepada maklumat yang diterima itu, sebab itu lah yang sebenarnya pandangan masyarakat Pulau Pinang ini. Memang kita merasakan ada banyak sekali perkara yang dilakukan kerajaan negeri yang tidak mahu melihat ke bawah ke atas masalah yang dihadapi masyarakat seperti banjir, pembangunan di tepi dan lereng bukit, seperti projek besar untuk menambak laut dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Semalam, Hadi dilaporkan sebagai berkata kerajaan DAP di Pulau Pinang gagal untuk menjadi sebuah "negeri yang bersih" dan menyebabkan rakyatnya mengalami keperitan.

DAP memerintah Pulau Pinang sejak 2008 selepas Pakatan Rakyat gabungan DAP-PKR-PAS berjaya mengalahkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Farid yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Balik Pulau turut mempersoalkan 'usaha' kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng dalam memartabatkan Islam di negeri itu, seperti yang dibangga-banggakan  sebelum ini.

Beliau menyentuh soal campur tangan kerajaan negeri dalam proses mengeluar dan mewartakan fatwa yang pernah menjadi hangat seperti yang dibangkitkan ketua pemuda PAS negeri itu, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

"Cuba tanya kepada kerajaan Pulau Pinang kalau Islam itu sebagai agama rasmi di Pulau Pinang ini kenapa tidak melepaskan fatwa-fatwa oleh Majlis Fatwa? Berapakah masjid yang dibina oleh mereka? Janganlah kerana mereka menambahkan 'topup' duit untuk masjid untuk soal agama seolah-olah mereka telah menjadi juara dalam masyarakat Islam itu. Itu tidak betul," ujarnya.

Mengulas lanjut, Farid juga melahirkan pandangan senada dengan Hadi yang turut menyelar Penasihat DAP Lim Kit Siang yang didakwa bercita-cita mahu menjadi perdana menteri, kerana ia bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama persekutuan.

"Kalau itulah cita-cita Encik Lim, saya rasa rakyat Malaysia harus membantah. Saya pun secara peribadinya membantah mana-mana pemimpin yang bukan Islam untuk menjadi pemimpin negara Malaysia sebuah negara Islam ini," tambahnya.

Minggu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2017, menyindir Kit Siang yang didakwanya berminat menjadi perdana menteri.

"Kalau tak percaya, tanya dengan bekas wakil rakyat DUN Jawi," kata Najib dalam ucapannya, merujuk kepada Tan Beng Huat, yang keluar DAP pada 8 Disember lalu.

Tan mengakui sikap Kit Siang dan anaknya, Guan Eng sebagai punca beliau meninggalkan parti yang disertainya lebih 10 tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana