TERIMA HAKIKAT. KOS SARA HIDUP SETIAP ORANG BERBEZA

PAKATAN sering memainkan persepsi bahawa kos sara hidup setiap orang di negara ini adalah ditentukan oleh satu atau dua faktor yang sama.  Sepertinya, semua orang akan terjejas kalau minyak naik, semua orang terjejas kalau tarif elektrik naik dan yang seperti itu.

Hakikatnya, kos sara hidup untuk setiap orang adalah berbeza.

Logiknya, semua orang ada gaji yang berbeza, tanggungan yang berbeza termasuk pegangan aset yang turut berbeza.  Bagaimana Pakatan kata dek kerana berlaku perubahan kepada satu faktor tunggal (penurunan dan kenaikan harga minyak contohnya), semua orang akan menerima kesan yang sama?

Orang 5 anak, takkan sama kesannya dengan orang 1 atau 2 anak.  Orang gaji RM 10,000, takkan sama kesannya dengan orang gaji RM 2,000. Orang satu kereta dengan 3 kereta, satu bini dengan 3 bini dan seterusnya, takkan semua ini boleh menerima kesan yang sama dek satu atau 2 faktor saja?

Jika begitulah halnya, maka kita sudah melihat kesannya yang sama kepada setiap orang di negara ini, tidak kira apa latar belakang kehidupan mereka, tapi kenapa itu tidak berlaku?  Hakikat bahawa kehidupan berjalan seperti biasa pada majoriti besar rakyat negara ini bila berlaku perubahan pada faktor tunggal yang sering diplih unutk dipolitikkan pembangkang, membuktikan bahawa kesannya adalah sangat minimum.

Maka tidak hairanlah bila kerajaan umum semalam harga elektrik tidak akan naik sehingga akhir tahun 2020 – 3 tahun dari sekarang, rakyat tidak melihat sebarang pengumuman pengekalan apatah lagi penurunan harga apa-apa barang dan perkhidmatan, termasuk dari industri yang berasaskan elektrik sepenuhnya pun.

Sebenarnya nak cerita yang itu saja, elektrik tak naik lagi 3 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana