Peruntukan banjir di DUN Penanti tiada masalah, kata Norlela

ADUN PKR Pulau Pinang Dr Norlela Arffin berkata, setakat ini beliau tidak berdepan sebarang masalah berhubung peruntukan bantuan bagi mangsa banjir di kawasannya.

Malah beliau tidak menerima sebarang tekanan atas kelantangannya sebelum ini terhadap beberapa isu di negeri pimpinan Lim Guan Eng itu, seperti mana yang berlaku kepada ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng.

ADUN Penanti itu berkata, peruntukan bantuan khas tunai RM700 untuk mangsa banjir itu melalui proses biasa, termasuk kawasan DUN yang diwakilinya.

"Saya tidak kena apa-apa.

"Semua mangsa banjir memang semua dapat. Tidak kisahlah ADUN itu dikenakan tindakan atau tidak. Semua mangsa banjir memang dapat kecuali hanya proses mengesahkan dia mangsa banjir atau tidak, pendaftaran yang mungkin ADUN itu dikecualikan.

"Memang kita sudah bagi nama-nama mangsa banjir kepada SUK. Memang pihak SUK dah dapat berkenaan itu, tidak ada masalah. Maknanya senarai mangsa banjir itu memang sampai kepada SUK. Jadi kalau SUK itu nak tentukan pusat khidmat buat, dan kecualikan itu lain cerita. Tetapi as far mangsa banjir dia memang dapat," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Guan Eng mengenepikan seorang ADUN PKR, daripada menguruskan pendaftaran mangsa banjir oleh kerajaan negeri, yang sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati wakil rakyat parti itu.

Cheah adalah salah seorang lima ADUN PKR yang berkecuali dalam pengundian usul yang dibawa Umno di DUN Pulau Pinang pada November 2015, untuk menghentikan semua projek penambakan tanah di negeri itu.

Guan Eng yang berselisih pendapat dengan ADUN berkenaan mendakwa mereka cuba mensabotaj kerajaan Pulau Pinang. Cheah turut dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation.

Berikutan itu, terdapat desas-desus mengatakan beliau turut menerima mengalami nasib sama apabila bersikap lantang membangkitkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti.

Norlela juga pernah terpalit beberapa kontroversi termasuk pernah dilabel Guan Eng sebagai menikam kerajaan negeri kerana memilih untuk berkecuali sewaktu pengundian berhubung usul tebus guna tanah yang dikemukakan ADUN Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Farid Saad dalam sidang DUN pada 2015.

Terdapat juga suara yang mengatakan, Norlela juga dijangka bakal menerima 'hukuman' daripada PKR serta tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana