PERKASA DAKWA PKR PANCING AHLINYA UNTUK JADI CALON PRU14

“Mungkin Irwan Fahmi Ideris di janjikan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman bekas Ketua Wira Perkasa itu menyertai parti yang diterajui Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, kata Ibrahim Ali, berita kemasukan Irwan Fahmi sebagai ahli PKR tidak mengubah dan memberi kesan kepada pertubuhan itu.

Beliau berkata perkara ini adalah perkara biasa kerana Perkasa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik.

“Tidak ada apa-apa kesan kepada perjuangan Perkasa mengenai berita kemasukan Irwan Fahmi sebagai ahli PKR.

“Untuk makluman, sebelum ini pun sudah ada sana sini sikit sebanyak ahli Perkasa yang menyertai berbagai parti politik termasuk yg menyertai Bersatu Amanah dan PAS.

“Ada juga ahli Perkasa yang belum menjadi ahli mana-mana parti politik menyertai UMNO. Ianya perkara biasa kerana Perkasa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik.

“Sesiapa sahaja ahli Perkasa bebas menyertai mana-mana parti politik. Terpulang kepada mereka untuk memilih apa jua parti yg sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyelar ura-ura yang mendakwa tindakan Irwan Fahmi itu turut memberi kesan kepada kepimpinan Wira Perkasa.

Katanya, ura-ura itu tidak benar dan perlantikan Burhanudin Ruslan yang mengantikan Irwan Fahmi sebagai Ketua Wira Perkasa sejak sekian yang lalu telah membawa kesan yang positif kepada Perkasa.

Oleh itu, Ibrahim Ali menegaskan bahwa beliau akan terbuka dan menerima dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh ahlinya dalam memilih mana-mana parti politik sebagai pentas perjuangan mereka.

“Selamat maju jaya buat mereka,” katanya.

Semalam, Irwan Fahmi Ideris bersama lebih 30 ahli dan 3 bekas pemimpin kanan NGO itu mengumumkan menyertai PKR. –Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana