PEMIMPIN UMNO SABAH BIDAS SHAFIE, KUASA AUTONOMI TETAP TERPELIHARA

Seorang pemimpin Umno Sabah hari ini membidas kritikan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal kononnya rakyat negeri itu gagal membentuk masa depan mereka selagi terus diperintah Umno-Barisan Nasional (BN).

Shafie, sebagaimana dipetik daripada sebuah portal berita turut menyebut rakyat Sabah juga tidak akan memperolehi autonomi kerana pemimpin-pemimpin tempatannya tidak berkuasa.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Shafie sengaja memainkan isu sedemikian untuk mencipta pandangan negatif rakyat Sabah terhadap kerajaan Umno-BN.

“Autonomi dari segi apa semua ini telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan terkandung di dalam undang-undang.

“Isu ini lebih kepada persepsi negatif untuk menarik sokongan. (Sedangkan) PM, Datuk Seri Najib Razak telah menegaskan tentanf kepentingan Sabah akan terus terjamin,” katanya kepada Antarapos.

Shafie berkata kegagalan membentuk masa depan Sabah itu berpunca dari sikap pemimpin Umno negeri itu yang telah memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin parti itu di Semenanjung Malaysia.

Maka, tindakan bertentangan jika diambil pemimpin tempatan akan menyebabkan pihak sebelah lagi akan terasa hati.

Shafie, yang juga bekas Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar mendakwa Ketua Perhubungan Umno Sabah seolah tidak berani untuk bersuara menentang Najib.

Ahli Parlimen Sempoerna itu mendakwa keputusannya meninggalkan Umno tahun lalu dengan menubuhkan parti baru sebagai usaha mengembalikan pentadbiran parti-parti negeri itu sendiri, sebagaimana Sarawak yang dikawal oleh parti tempatan.

Rosnah memberi amaran kepada Shafie atau mana-mana pihak yang sering mempertikaikan apa yang dilakukan BN di Sabah, hendaklah menilai pembangunan yang dibawa untuk generasi akan datang.

“Walaupun dinilai Ketua Menteri Sabah tidak lantang seperti Sarawak, tetapi hakikatnya dengan kekuatan diplomasi Sabah menjadi rujukan kepada negeri jiran kita. Misalnya dalam tuntutan royalti minyak. Kita tidak terpekik meminta royalti tetapi mempunyai ekuiti dalam industri ini.

“Selain itu kita juga dijadikan contoh dan rujukan dalam pengurusan dan pembangunan hutan yang mapan. 20 tahun akan datang negeri ini akan punyai hasil yang boleh dinikmati oleh generasi mendatang. Inilah kekuatan diplomasi pembangunan berbanding kontroversi perpecahan. Jadi mana pilihan kita,” tegas Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana