PAN Terpaksa Bergantung Dengan Populariti Aishah...Dulu PAS

Parti Amanah Negara(PAN) atau lebih sesuai dipanggil parti Kuali dicetuskan oleh DAP apabila mereka marah kepada PAS dalam isu Hudud . Sebagaimana yang kita tahuPAN akan ikut telunjuk DAP 100%.

Sebelum ini, Aishah terjun ke arena politik apabila mengumumkan menyertai PAS pada 2011 dan bertanding mewakili parti Islam itu di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau tewas kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 8,629 undi. Aishah meninggalkan PAS dan kini menyertai PAN pula.

Tindakan beliau itu jelas menunjukkan pendiriannya yang tidak tetap. Mungkinkah beliau seorang yang terikut-ikut pada individu tertentu? Persoalannya siapakah individu tersebut?

Parti PAN tiada kredibiliti untuk memimpin. Mereka gagal di PRK Kuala Kangsar dan PRK Kuala Selangor. Perjuangan PAN kabur. Nampak sangat perjuangan mereka berdasarkan telunjuk DAP semata-mata.

Islam akan hancur “dikerjakan” parti boneka DAP ini. Mereka lebih mengalakkan anak muda terlibat dalam muzik dengan alasan kononnya sedih melihat budak-budak yang ada bakat menyanyi tetapi hanya dapat nyanyi di tepi-tepi jalan akhirnya terjebak dengan dadah.

Kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan banyak platform yang berwibawa untuk anak-anak muda yang minat dalam bidang seni ini. Mereka tidak pernah dilupakan.

Nyanyian Aishah memang sedap tetapi apabila beliau bercakap suaranya memang mengelikan hati. Malah ada yg mengelarkan beliau artis yg bercakap suara “kartun”.

Oleh itu kita bayangkan bagaimana kualiti ceramah politik beliau kelak. Sebenarnya PAN hanya menempah “maut” dengan mengenengahkan Aishah. Bak kata orang buat potong “stim” sahaja.

Kesimpulannya parti PAN sudah jelas tiada kredibiliti dan hanya bergantung dengan Populariti Aisyah sahaja yang menjanjikan satu lagi kegagalan sepertimana dalam PRU 13 yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana