MASJID WILAYAH KL JADI MASJID ANGKAT KEPADA MASJID AL AQSA

Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai ‘masjid angkat’ kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour yang dianjurkan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Signifikannya pengumuman itu ialah sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berhadapan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai ‘masjid angkat’ kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL