Khalifah PANDAP bakal kePenjara..

PEMBELIAN BANGLO DIBAWAH HARGA PASARAN ... LIM GUAN ENG KALAH!!!

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta SPRM yang mensyaratkan tertuduh memfailkan pembelaan sebelum perbicaraan, adalah tidak sah.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif sebulat suara memutuskan bahawa peruntukan itu adalah mengikut perlembagaan dan bukannya ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 62 Akta SPRM menyebut bahawa apabila telah berlaku penyerahan dokumen oleh pihak pendakwa mengikut Seksyan 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh perlu menyerahkan dokumen berikut kepada pihak pendakwa sebelum perbicaraan bermula:

(a)Suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya; dan (b)suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.

Pada 30 Jun tahun lalu, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Lim Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, iaitu ketua menteri Pulau Pinang, untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim menghadapi tuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang didakwa beliau ketahui tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta.

Tuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment