TUKAR KAWASAN ATAU KENA ‘PANCUNG’ – JAMAL

Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ng Suee Lim dinasihatkan mencari kawasan lain pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang jika mahu kekal bergelar ‘Yang Berhormat’.
Demikian amaran Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kepada wakil rakyat yang petah berbahasa Jawa itu sambil memberi amaran kepada Suee Lim akan ‘dipancung’ jika masih berdegil.

“Walaupun saya tidak bertanding, saya akan pastikan Ng Suee Lim ini, kami akan kuburkan di Sekinchan untuk PRU14 yang akan datang.

“Saya menasihatkan Ng Suee Lim cari kawasan lain, cari DUN lain atau nak bertanding Parlimen, cari kawasan lain (tapi) jangan berada di Sekinchan.

“Kalau bertanding di Sekinchan, kik (isyarat pancung kepala),” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Perbalahan dua pemimpin politik ini timbul selepas Suee Lim dikatakan ‘tergugat’ dengan usaha Jamal selaku Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia yang menjual ikan murah di seluruh Selangor dan terkini Restoran Makanan Percuma.

Sebelum ini juga Suee Lim mendakwa, Restoran Makanan Percuma Jamal itu telah mengugat ‘periuk nasi’ pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan, khususnya di DUN Sekinchan.

Bagaimanapun sehingga kini ADUN DAP itu masih gagal membuktikan dakwaannya itu malah disifatkan Jamal sebagai cuba mengalihkan isu di sebalik kegagalan Suee Lim sebagai ADUN Sekinchan sejak tiga penggal lalu. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana