Sultan Johor perkenan projek jambatan lurus kereta api Johor-Singapura

JOHOR BAHRU: Sultan Johor perkenan pembinaan jajaran jambatan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus bagi menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi perkenan itu ketika menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah bersama pegawai kanannya di Istana Bukit Pelangi, Rabu lepas.

Sesi menghadap itu untuk mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS, setelah mengambil kira cadangan Sultan Ibrahim ketika pertemuan SPAD bersama baginda pada 19 September lalu.

“Sultan telah memberi perkenan bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus. Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m,” kata SPAD dalam kenyataan.

SPAD berkata, Sultan Ibrahim juga menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di kawasan stesen RTS Bukit Chagar dalam sesi itu dan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

“Suruhanjaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sultan atas sokongan dan perkenan bagi projek RTS ini. SPAD juga ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan atas kepimpinan dan bimbingan beliau dalam projek RTS,” katanya.

Sebelum ini, baginda dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel melengkung, selain jambatannya mungkin mencapai ketinggian 30m di bahagian tengahnya.

Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai alternatif kepada 80,000 hingga 100,000 pengguna Tambak Johor setiap hari.

Apabila siap, RTS mampu menampung pergerakan sehingga 10,000 penumpang setiap jam antara 2 stesen di Woodlands dan Bukit Chagar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana