‘SAYA KENA BUAT APA YANG DIA TIDAK BUAT’, KATA NAJIB

Kerajaan Persekutuan akan terus memberi perhatian kepada pembangunan di Sabah bagi memastikan kemajuan setanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang kepada prinsip keadilan dalam soal agihan pembangunan supaya seluruh ceruk negara dapat menikmati kemajuan sewajarnya.

“Bukan senang orang Sabah nak masuk Malaysia. Saya dibawa ke rumah seorang pejuang kemerdekaan, OKK Sodomon di Keningau. Rupa-rupanya di rumah itulah allahyarham ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) menemui pemimpin Kadazandusun Sabah untuk meyakinkan mereka supaya menyertai Malaysia.

“Dan hari ini, ia menjadi tanggungjawab saya supaya apa yang telah diputuskan, apa impian dan cita-cita pemimpin dahulu, mestilah kita terjemahkan bagi menjamin kecemerlangan masa depan rakyat Sabah,” kata beliau hari ini di Kota Kinabalu sempena lawatan seharinya.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan PBS Ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCS .

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili serta pemimpin parti komponen BN.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2018, yang dibentangkannya, dirangka bagi memastikan jurang perbezaan pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dapat dihapuskan, meskipun mengambil sedikit masa.

“Saya kena buat apa yang dia tidak buat, sebab itulah peruntukan untuk Sabah dan Sarawak lebih tinggi,” kata beliau.

Walaupun tidak menyebut nama, ucapan Najib itu dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun serta didakwa mengabaikan pembangunan di Sabah sepanjang pemerintahannya.

Dalam Bajet 2018 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan memperuntuk RM2 bilion untuk projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibina tanpa tol, RM1 bilion untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sabah menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS).

Selain itu, Sabah dan Sarawak turut diberi peruntukan RM500 juta untuk pembangunan jalan luar bandar, RM600 juta untuk bekalan elektrik, RM300 juta untuk bekalan air bersih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana