PPBM HARUS DIHARAMKAN, DESAK AHLI AKAR UMBI

Ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengharamkan parti itu yang jelas menipu mereka tentang kewujudan sayap PPBM, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Wakil Armada PPBM Lanchang, Airul Amir Amirudin berkata, ahli akar umbi berasa ditipu dengan kepemimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membela mereka.

“Kami ahli-ahli Armada Pahang bersepakat menyatakan telah ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku Pengerusi PPBM dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya sayap ini wujud sedangkan hakikatnya ia haram serta tidak wujud dalam perlembagaan parti.

“Kami secara jujur dengan rasa tertekan mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran PPBM sebagai pengajaran,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana