PEMIMPIN PPBM TAK PATUH PERLEMBAGAAN, AKAR UMBI BERANG

Akar umbi PPBM Johor dilaporkan membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung dakwaan pucuk pimpinan tertinggi yang gagal mematuhi perlembagaan parti.

Kesemua lapan bahagian parti serpihan UMNO yang mengemukakan aduan adalah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan ARMADA Bahagian Semberong.

Ketua Penerangan Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata pimpinan PPBM sehingga kini gagal mengeluarkan arahan berlandaskan perlembagaan parti supaya mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan selepas setahun penubuhan parti itu.

“Sehingga hari ini, pihak kami belum menerima sebarang notis bertulis pelaksanaan mahupun penyampaian mengenainya secara lisan atau sebaran media sosial.

“Oleh itu kami tidak mengetahui status dan kedudukan parti dari segi perancangan, gerak kerja parti, keahlian dan kesahihan penjawat jawatan dalam parti,” katanya di perkarangan pejabat RoS di Putrajaya hari ini.

PPBM dipimpin oleh bekas Presiden dan Timbalan Presiden UMNO iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan pada 9 Sept tahun lalu.

Parti itu menyambut ulang tahun pertama penubuhannya di Bakri Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana