PAS tak bisu – Anak Hadi

PAS bukan berdiam diri, sebaliknya menolak tindakan agresif sebagai satu perlakuan politik matang dalam menangani isu-isu membabitkan kepentingan rakyat.

Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ia sekaligus menafikan bahawa partinya semakin ‘membisu’.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi (dua dari kiri) dan Ketua Pemuda IKATAN, Shahrir Adnan ( dua dari kanan)  di Pejabat PAS Pusat, Kuala Lumpur.

“Satu tindakan tak perlukan sikap yang agresif tetapi yang lebih penting adalah tindakan yang matang.

” Tindakan yang matang ini ada ketika kita perlu diam, ada ketika kita perlu respons ada ketika kita perlu berbincang dan membuat penyelesaian,” katanya dalam sidang media bersama Pemuda IkATAN di ibu Pejabat PAS Pusat, Sabtu.

Turut hadir Ketua Pemuda IKATAN, Shahrir Adnan.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa pimpinan PAS semakin ‘senyap’  di kancah politik tanahair.

Dalam masa yang sama PAS dan IKATAN turut  mengumumkan penubuhan gerakan pemudanya digabungkan dibawah satu payung yang dikenali sebagai Pemuda Gagasan Sejahtera.

“Kami akan bergerak atas satu nama Pemuda Gagasan Sejahtera dan disusuli tindakan-tindakan dan program-program berkait,” kata Khalil.

Gagasan Sejahtera ditubuhkan pada Ogos 2016 merupakan blok pembangkang kedua selepas Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, anak presiden PAS itu berkata Pemuda Gagasan Sejahtera bakal mengadakan Konvensyen pada 24 Februari di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana