MB Perak puji sikap wakil rakyat PAS

Wakil-wakil rakyat PAS tidak terikut-ikut dengan rentak tarian rakan-rakan pembangkang khusus seperti DAP sewaktu mereka berbahas atau mengemukakan soalan sempena sidang DUN Perak yang masuk hari ketiga hari ini (Khamis).

Mereka sama ada turut sama membahas bajet 2018 ataupun mengemukakan soalan tetapi semuanya dibuat secara professional. Tidak menjerit atau membantah berlebih-lebihan apabila jawapan diberikan pihak kerajaan.

Kerana  sikap yang jauh lebih baik yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat PAS, Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir secara terbuka memberikan pujian.

Pujian beliau diutarakan ketika menjawab soalan lisan ADUN PAS mewakili DUN Sungai Rakyat, Radzi Zainon yang bertanyakan soalan berhubung Dialog Pangkor.

 Dr. Zambry memuji perilaku dan sikap ADUN Sungai Rapat itu yang sentiasa melontarkan pendapat terbaik demi kebaikan negeri Perak.

“Inilah contoh pembangkang yang baik, dia datang mengikuti Dialog Pangkor dan mendengar pelbagai pandangan yang diutarakan di program itu,” katanya.

Menteri Besar menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan Radzi  mengenai segmen-segmen lain yang dilaksanakan sepanjang Dialog Pangkor. Kepada soalan ini, Dr. Zambry berkata banyak faedah yang diperoleh menerusi penganjuran program itu.

Katanya Dialog Pangkor berjaya melonjakkan ekonomi negeri Perak terutama dalam industri pelancongan dan perhotelan.

Beliau menambah kata  bahawa kehadiran pemain industri di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Perlaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) turut mencetuskan pelbagai impak positif.

Dr.Zambry juga berpendapat  Dialog Pangkor telah berjaya mengangkat kegiatan keilmuan dan kesarjanaan dengan penglibatan lebih 2000 delegasi dari dalam dan luar negara.

“Sepanjang persidangan itu berlangsung, ia memberi kesan positif kepada Bandar Raya Ipoh khususnya dengan kadar penginapan hotel melebihi 90 peratus.

“Malah, tempias manfaatnya juga terpercik kepada peniaga kecil dan kita turut memeterai perjanjian dengan Uber bagi potongan harga kepada penumpang,” katanya.

 “Ia termasuk Festival of Ideas dan tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dan akan dilaksanakan secara berperingkat, yang melibatkan Yayasan Bina Upaya (YBU), KPerak dan sebagainya,” ujarnya.

PAS walaupun senang dengan puji-pujian begini tetapi tidak terlepas pandang isu-isu berkaitan agama khusus pentadbiran masjid-masjid di Perak.

Hal ini mereka bangkitkan dalam sidang media pada Khamis mencadangkan  prosedur operasi standard (SOP) pengurusan masjid diperluaskan ke masjid-masjid kariah di seluruh negeri dan elaun pegawai masjid – imam, bilal serta siak disalurkan melalui akaun jawatankuasa pengurusan masjid.

Radzi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS  III Perak), berkata,  prosedur itu kini hanya digunakan di peringkat masjid daerah dan masjid negeri.

Katanya dengan adanya prosedur itu, pengurusan masjid kariah di seluruh negeri juga akan lebih tersusun manakala penyaluran elaun imam, bilal dan siak ke akaun pengurusan masjid boleh membetulkan penugasan pegawai berkenaan.

“Sepanjang tinjauan saya ke seluruh negeri, apa yang perlu diperbetulkan ialah dari segi penugasan, imam, bilal dan siak,” katanya.

Radzi mendedahkan berlaku azan solat Subuh tidak kedengaran di Masjid Negeri yang juga mungkin boleh berlaku di masjid-masjid lain.

Menurutnya sebagai pegawai masjid, imam, bilal dan siak sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dengan mengerjakan solat berjemaah di masjid, walaupun mereka tidak bertugas pada hari-hari tertentu.

Mengenai Bajet 2018, PAS berharap ia seimbang dari segi pembangunan fizikal dan juga modal insan.“Peruntukan RM10 juta yang diberikan bagi pembinaan baru dan baik pulih masjid dan surau adalah satu usaha yang baik, namun persoalannya bagaimana pula bentuk pengurusan masjid,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana