Mahfuz…bila lagi?

Tunggu punya tunggu... ada orang PAS yang kata buat habis ke beras saja kalau nak ikut sandiwara Datuk Mahfuz Omar.

Batang tubuhnya sudah 100 peratus bukan lagi PAS sekalipun masih pegang status rasmi sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena di Kedah atas nama parti itu.

Kalau layan riuh cacamarba pasal Mahfuz ini,lojiknya beliau asalnya dijangka orang pertama yang angkat kaki lompat masuk parti dalam Pakatan Harapan.

Sebaliknya pada Ahad Ahli Dewan Undangan Negeri kawasaan Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah lompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Selain Mahfuz dan Amiruddin seorang lagi wakil rakyat PAS nampak jelas mesra Pakatan Harapan ialah Mohd Nasir Mustafa di Kubang Rotan.

Dalam Dewan Undangan Negeri Kedah ada 36 kerusi.PAS sebelum tolak Amiruddin ada 9 kerusi dari 15 yang dipegang oleh pembangkang.PKR menang 4 manakala DAP 2.

Ketiga-tiga mereka secara terbuka hadir pada ceramah Pakatan Harapan dan tidak lagi hadir majlis anjuran PAS kebelakangan ini.

Gelagat mereka lebih terserlah bila tidak hadir pada Muktamar Tahunan PAS lalu yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut.

Mahfuz yang dikenali sebagai ahli politik yang banyak mulut agak sinonim dengan nama kawasan Pokok Sena yang diwakilinya.

Beliau menang di kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999, sebelum tewas pada calon BN pada pilihanraya 2004.

Mahfuz merampas kembali kerusi itu pada PRU 2008 dengan majoriti 5,371 undi dan merupakan satu-satunya calon parlimen PAS  yang kekalkan kemenangan di Kedah pada PRU 2013 lalu.

Amiruddin pula mencipta nama bila dipilih sebagai calon pilihanraya kecil DUN Anak Bukit, menggantikan tempat dikosongkan Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Nor, yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002.Beliau kekal wakil rakyat situ sampai hari ini.

Mohd Nasir pula berjaya menawan kerusi DUN Kubang Rotan yang dulunya diwakili bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.

Beliau menang kawasan itu pada PRU12 dan PRU13.

Semua orang tahu PAS sejak kebelakangan ini sudah anggap mereka seperti tiada lagi dengan PAS sekalipun masih rasmi jadi wakil rakyat parti itu.

Langkah mereka terus bergayut dalam parti itu dilihat sebagai duri dalam daging yang merobek parti itu dari dalam.

Mahfuz sendiri cukup galak dengan ‘lawaknya’ menyindir dan menghentam parti itu bila saja ada kesempatan.

Dalam undian di Parlimen seperti Bajet 2018 beliau tunjuk warna masuk geng Pakatan Harapan menolak sekalipun semua Ahli Parlimen PAS lain berkecuali.

Pada Oktober lalu bila Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kata beliau akan digugurkan daripada menjadi calon PASi dalam PRU14,Mahfuz tembak balik ia tak ada hal.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS Kedah kerana tidak mencalonkan saya sebagai calon.

“Walaupun mereka mencalonkan, saya tidak akan menerima pencalonan kerana saya akan dilihat sebagai mengkhianati rakyat,”katanya.

Tolak sebelah segala sandiwara ini,dengar cerita ramai ahli PAS sendiri terus tertanya-tanya bila Mahfuz ‘ nak belah’ (ikut cakap orang Utara).

Apakah Mahfuz takut dijerut oleh baiah parti sebelum PRU13 lalu yang menetapkan kena cerai isteri jika melompat ke parti lain.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengingatkan Amiruddin tentang baiah itu ketika mengulas beliau melompat masuk PPBM.

Sebelum ini persoalan baiah juga menyelubungi wakil rakyat PAS lain yang menyertai Parti Amanah (PAN) pimpinan Mohamad Sabu.

Satu lagi soalan besar yang berlegar apakah Mahfuz akan ikut jejak Amiruddin masuk PPBM atau sertai rakan-rakan lain dalam PAN.

Ada cakap-cakap yang menilai langkah Amiruddin masuk PPBM jadi tamparan kepada PAN.

Ia dikatakan memberi gambaran seolah pengaruh PAN begitu lembik sekali di Kedah hingga wakil rakyat Anak Bukit itu sendiri hendak bergayut pada PPBM.

Mohamad Sabu tentu jenuh kena cari lubang nak sorok muka jika Mahfuz dan Nasir merasa lebih selamat dibawah payung PPBM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana