Mahathir Menyalahkan Belia Pula?

Sangkaan meleset apabila kebanyakan mereka dikatakan memfokuskan kepada dakwaan salah laku BN yang lalu apabila Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan sekumpulan belia pada satu sesi dialog yang dihadirinya dengan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang, Selasa lalu.

Menurut sumber,walaupun menyifatkan perjumpaan dengan kira-kira 200 hadirin itu sebagai “paling menarik” bekas perdana menteri itu berkata, berdasarkan tindak balas hadirinnya, HARAPAN telah dihukum bersalah.

“Mereka menyoal soalan yang sangat pintar, tetapi agak sedikit mengecewakan kerana kebanyakan soalan terutamanya mengenai dakwaan salah laku kerajaan BN.

“Hampir tidak ada sebarang rujukan mengenai masa kini dan masa depan. Fokus utama ialah Ops Lalang,” katanya dalam satu catatan di blog hari ini.

Mengenai isu rasuah, Mahathir berkata bahawa kecenderungan adalah untuk menyamakan kerajaan sekarang dengan pembangkang.

Orang ramai, katanya, seolah-olah percaya bahawa mana-mana kerajaan baru akan “melakukan semua perkara yang (Perdana Menteri, Datuk Seri ) Najib (Razak) telah lakukan dan sedang dilakukan, selagi sistem tetap sama.”

Bekas perdana menteri itu berkata seolah-olah terdapat kepercayaan bahawa jika sistem itu diperbetulkan, segala-galanya akan lancar.“Implikasinya menunjukkan mengundi pada pilihan raya tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi negara,” katanya.

“Jika demikian, mengundi akan menjadi sia-sia.“Dengan kata lain, biarkan kerajaan sekarang berterusan, biarkan Najib menjadi perdana menteri,” katanya.Mahathir memberi amaran bahawa pandangan seperti itu mencerminkan pepatah “lebih baik bersama syaitan yang kamu kenali daripada malaikat yang tidak kamu kenali”.

 “Dengan demikian, usaha gabungan pembangkang akan menjadi sia-sia, ini terutamanya kepada ramai anak muda,” katanya.Namun, beliau berkata generasi lebih tua dapat melihat perbezaan antara yang lama dan yang baru.“Mereka melihat bahawa pada masa lalu tiada siapa yang mengkategorikan Malaysia sebagai antara sepuluh negara paling korup di dunia seperti sekarang.

“Tiada siapa yang memanggil Malaysia sebagai negara kleptokrasi. Tidak ada yang bimbang tentang hutang negara yang mencapai satu trilion ringgit.”Generasi lebih tua juga mengakui zaman kegemilangan masa lalu ketika Malaysia adalah antara
harimau Asia dan negara membangun yang paling maju, dan mereka merindui sebagai perbandingan, tahun-tahun kegemilangan lalu, katanya.

“Bagi golongan muda, tidak ada yang patut dibanggakan dengan pencapaian tahun-tahun terdahulu.
“Dan (mereka fikir) tidak ada jaminan seorang perdana menteri baru dengan kerajaan baru tidak akan mencuri wang, korupkan rakyat dan menyalahgunakan kuasanya,” tambah beliau.Menurut Mahathir, golongan muda berfikir bahawa rasuah, penahanan tanpa perbicaraan, penapisan dan sekatan terhadap kebebasan akhbar akan tetap berlaku meskipun di sebalik kerajaan baru.

Justeru,nampaknya usaha pembangkang selama ini dikatakan hanyalah sia-sia sahaja dan gagal untuk memenangi golongan muda walaupun dengan jaminan yang ditabur sekiranya mereka mendapat kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana