Jual data: Salleh sahkan SKMM sudah kenal pasti sumber kebocoran maklumat

KUALA LUMPUR: Sumber-sumber yang berkemungkinan menyebabkan kebocoran maklumat data peribadi sudah dikenal pasti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berkata perkara itu didapati berdasarkan perbincangan yang diadakan di antara SKMM dan syarikat telekomunikasi semalam.

"SKMM telah mengadakan perbincangan dengan semua syarikat telekomunikasi berkenaan kebocoran maklumat ini. Perkara ini sedang disiasat SKMM dan polis.

"Bagaimanapun kita kenal pasti daripada sumber-sumber mana kemungkinan kebocoran maklumat ini berlaku," ujar Salleh yang ditemui media di Dewan Rakyat, hari ini.

Reaksi Salleh itu menyusul selepas laporan portal FMT baru-baru ini bahawa wujud tawaran menjual data peribadi di laman forum Lowyat.net yang didakwa menggunakan alamat Internet Protokol (IP) dari luar negara.

Pengasas laman forum berkenaan, Vijandren Ramadass berkata pihaknya menyiarkan artikel berkenaan kecurian data secara besar-besaran di laman berkenaan selepas agensi penguatkuasaan Internet dalam negara gagal memberi maklum balas tentang perkara itu.

Aktiviti 'menjual' data peribadi di Lowyet.net itu dikatakan berlaku pada Rabu minggu lalu.

Salleh dalam sesi perbahasan di Parlimen baru-baru ini mengakui wujudnya perselisihan fahan antara Lowyat dan SKMM berkenaan artikel itu sehingga menyebabkan pendedahan berkenaan ditarik semula.

Artikel itu menyebut bahawa data peribadi rakyat Malaysia diperolehi daripada Jobstreet.com, Persatuan Perubatan Malaysia dan permohonan pinjaman perumahan Malaysia yang dijual kepada bitcoins.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana