JIKA SAHABAT SENDIRI SAKIT PUN TUN M TAK MELAWAT, APATAH LAGI JIKA ‘RAKYAT YANG SAKIT’

TINDAKAN Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menziarahi musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan suatu sifat terpuji. Tindakan ini amat jarang boleh dilakukan oleh mana-mana ahli politik yang tidak memiliki jiwa yang besar.

Walaupun Anwar tidak pernah berhenti memburukkan, memfitnah dan mereka cerita jahat terhadap Najib, namun sebagai seorang Ulil Amri yang adil, Najib tidak kisah untuk menziarahi orang yang sakit.

Ini turut disarankan oleh agama Islam yang mana ia menjadi amalan ibadah dituntut keatas semua orang beriman.

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Apa yang pasti, tindak tanduk dan cara Najib memimpin ini tidak akan pernah berlaku buat Tun Dr Mahathir Mohamad. Walaupun dia mampu bertahan di atas pucuk kuasa selama 22 tahun, namun dia tidak langsung memiliki jiwa yang besar persis Najib.

Selama 22 tahun mentadbir negara dicampur dengan 14 tahun usia persaraannya kini, tidak sekali pun Mahathir turun ke wad untuk menziarahi para pemimpin yang sakit.

Anwar Ibrahim, Allahyarham Dr Haron Din, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Hadi Awang antara mereka yang kerap masuk ke wad menerima bantuan rawatan dari pihak kerajaan.

Namun tidak satu pun yang Mahathir datang menziarahi mereka sehingga separuh daripada senarai itu telah pun meninggal dunia.

Jika sahabat dan rakan politik sendiri pun Mahathir ego untuk menziarahi ketika sakit, apatah lagi jika rakyat yang ‘sedang sakit’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana