Iskandar Puteri di Johor kini bertaraf bandaraya...

Iskandar Puteri kini bertaraf sebuah bandaraya dan merupakan bandaraya ke 14 negara dan kedua di Johor.

Majlis pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Bandar Medini Iskandar disempurnakan oleh Sultan Johor Rabu.

Hadir sama di majlis itu Tengku Mahkota Johor ,Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

MBIP sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) bermula tahun 2001 selepas dinaik taraf dari Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT).

MPJBT merupakan PBT kedua dinaik taraf menjadi bandar raya di negeri ini selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 1994.

MBIP mempunyai 157 buah penempatan terancang dengan 45 kampung yang menempatkan kira-kira 750,000 penduduk.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana