EKONOMI BAIK: KENYATAAN BANK NEGARA SELARI KESENANGAN RAKYAT SEMASA

BANK Negara mengumumkan ekonomi suku ke-3 negara ini adalah yang terbaik sejak 2014 dimana ekonomi kita berkembang sebanyak 6.2%.  Berkembang itu sudah sesuatu yang baik (sebab ada negara sekitar dimana pertumbuhannya negatif atau sekadar 1%-2% sahaja), lebih 6% pulak lagi membuktikan ekonomi negara kita sedang diurus dengan baik di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak..

Kenyataan ini, dicampurkan pulak dengan keadaan semasa rakyat negara kita, memang benarlah dari segala segi.  Walaupun dengan kenaikan harga minyak sebanyak 7 sen 2 minggu berturut-turut, rakyat kita tidak nampak ‘payah’ lagi.

Ya, kita sedang bercakap tentang ekonomi negara.  Bila bercakap tentang ekonomi negara, bukan merujuk segelintir dari 32 juta rakyat yang hidup susah atau 1 ke 5 pasaraya yang tutup dan seperti itu.  Itu semua lumrah bernegara, mana ada negara yang rakyatnya semua kaya raya/miskin sebabkan oleh kerajaan?  Begitu juga ekonomi negara ini, mestilah dilihat dalam konteks yang besar, kalau tak keseluruhan, mestilah melibatkan banyak orang, pasaraya dan kenderaan – sekadar merujuk kepada beberapa indikasi yang ‘senang’ faham.

Negaralah katakan.

Berbalik kepada persoalan tadi, minggu lepas, ketika minyak diumum naik 7 sen, jualan online di satu portal jualan popular dan dalam satu hari sahaja, mencatat transaksi sebanyak RM 100 juta – tertinggi dalam sejarah negara ini. Ada juga kes dimana pemuda-pemuda negara ini bergaduh sebab berebutkan giliran untuk membeli kasut jenama popular yang berharga lebih RM 1,000 di KLCC, bukan kedai biasa-biasa ni.

Semalam, disebalik minyak naik lagi 7 sen minggu ini, beribu-ribu rakyat beratur depan sebuah pasaraya untuk membeli belah dan pasaraya ini menjual semua produk yang dikenakan GST.  Dalam masa yang sama, model baru kereta keluaran tempatan mencatat beribu-ribu tempahan – hanya dalam beberapa hari sebelum dan selepas dilancarkan.

Pembangkang dan media mereka ternampak bodoh sekarang.  Mereka cuba menggambarkan kenaikan harga minyak menekan hidup rakyat tapi ternyata apa yang berlaku adalah berlawanan sama sekali dengan propaganda yang disebarkan.  Ini belum sebut lagi yang Pakatan sendiri tidak lagi mempromosi subsidi minyak secara pukal lagi, seperti yang boleh dilihat dalam Belanjawan Alternatif 2018 yang mereka lancarkan dimana subsidi minyak 20 sen hanya dihadkan kepada kenderaan bawah 1,000cc sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana