CHE DET PUN TAKUT KALAH

1. Siapa pun masuk bertanding dalam pilihan raya tidak mahu kalah termasuk Tun Mahathir.

2. Jika ada tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas kroni Mahathir ia adalah kerana setelah disiasat mereka melanggar undang-undang.

3. Mereka mungkin terlepas sebelum ini kerana tidak disiasat. Apabila anda menentang kerajaan maka anda telah menonjolkan diri dan menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat.

4. Apabila siasatan dibuat, ada kes maka tentulah tindakan mengikut undang-undang perlu diambil. Sebab itu nenek saya pernah pesan jika duduk dalam rumah kaca jangan baling batu pada orang.

5. Tidak bolehlah hanya kerana anda menyokong Tun Mahathir maka kebal dari undang-undang.

6. Jika fikirkan siapa takut kalah, Tun Mahathir lagi teruk.

7. Pada zaman dia tanpa siasatan, tanpa pendakwaan, musuh- musuh politik ditahan bertahun-tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

8. Parti dibiarkan haram supaya Mahathir boleh menyingkirkan musuh-musuh politik di dalam parti.

9. Sistem kuota diwujudkan supaya beliau sukar dicabar.

10. Apabila Anwar Ibrahim menjadi terlalu kuat, beliau dipecat dari kerajaan dan parti walaupun Anwar tidak menentang beliau secara terbuka ketika itu.

10. Sebaliknya, Najib Razak yang dituduh penakut oleh Tun M telah menghapuskan ISA yang menjadi alat politik Mahathir selama berdekad.

11. Najib Razak juga membuka sistem pemilihan kepada beratus ribu perwakilan UMNO berbanding 2000 orang perwakilan sahaja zaman Mahathir.

12. Najib Razak hanya menggugurkan Muhyiddin dari kabinet kerana beliau menentang keputusan kabinet secara terbuka.

13. Muhyiddin hanya dipecat dari parti setelah berterusan menyerang kepimpinan parti dan kerajaan.

14. Ini jauh sekali berbeza dengan tindakan Mahathir memecat Anwar dari parti sehari selepas dipecat dari kabinet.

15. Jadi siapa sebenarnya penakut? Jawapannya jelas Mahathir Mohamad @ che det.

*Tulisan ini adalah reaksi kepada tulisan Che Det bertajuk “Najib Takut Kalah”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana